Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Review Filem: Syif Malam Raya (2020)


Agak lama saya memikirkan mukadimah untuk ulasan filem Syif Malam Raya – hampir setengah jam – tetapi masih tepu dan berada dalam keadaan ‘pegun’ kerana terkasima dengan ‘kehebatan’ sebuah filem dari pengarah yang berstatus profesor.

Diatas kertas, Syif Malam Raya mampu menyampaikan sebuah cerita yang sangat mengelikan hati berdasarkan barisan pelakonnya yang terdiri daripada pelawak-pelawak terkenal. Tetapi sayang, seperti Manap Karaoke, naskah terbaru Profesor Madya Dato’ Dr A. Razak Mohaideen ini menjadi satu lagi filem yang agak mengecewakan.

Sebagai sebuah filem bertemakan seram komedi, sudah tentu komedi menjadi salah satu elemen yang sangat penting. Tetapi jangkaan penonton untuk berhibur dan bergelak-ketawa dikecewakan dengan komedi yang sangat klise dan gagal untuk mengeletek perut penonton sehingga ketawa. Adegan-adegan dan dialog kelakar boleh dikatakan agak try-hard,  manakala pick-up line yang dituturkan beberapa watak agak geli untuk didengari dan cringe. Mujur terdapat beberapa adegan komedi spontan yang memberikan sedikit hiburan dikala penonton yang semakin bosan dengan cerita filem ini.

Adegan seram dalam filem ini tidak begitu banyak, hanya beberapa babak sahaja. Tidak begitu menyeramkan,  dan tidak memberi kejutan, tetapi beberapa babak yang melibatkan hantu pocong boleh dikatakan menjadi. Satu-satunya babak yang menakutkan dan seram adalah babak penghujung dimana Saiful Apek ketakutan selepas dua mayat telah hilang dari peti mayat.

Bercakap soal watak dan lakonan, saya tidak meletakkan sebarang harapan pada lakonan kumpulan pelawak Zero serta Syahmi, Asif dan Yoe. Saya pernah melihat lakonan Zero dalam filem Lu Mafia Gua Gangster, dan saya boleh jangkakan lakonan mereka dalam filem ini, manakala Syahmi, Asif dan Yoe tidak banyak boleh diperkatakan kerana ‘screen time’ mereka agak sedikit dan watak tidak begitu menonjol. Saiful Apek dan Azlee Senario masih bersahaja dengan komedi klasik mereka, cuma Ropie agak ‘over’ dalam lakonan komedinya. Cuma saya sedikit tertanya-tanya, kenapa kebanyakkan watak wanita dalam filem ini agak mengedikkan? adakah ia sebagai salah satu cara untuk membuatkan penonton terhibur dan ketawa? jika benar watak-watak wanita ini segaja digedikkan, bagi saya ia sangat memalukan dan murahan.


Dari segi jalan cerita, Syif Malam Raya hanya memberikan penceritaan yang klise dan mendatar, tetapi masih boleh dipuji dengan sedikit ‘plot twist’ pada penghujung filem biarpun boleh dijangka. Sejam pertama agak mengecewakan. Dua cerita dalam satu malam gagal digunakan dengan sebaiknya. Kisah Zaid dan Hisyam yang dalam perjalanan menuju ke Ipoh untuk menghantar jenazah dipesongkan dengan perebutan gadis oleh dua lelaki itu. Kisah yang sepatutnya menjadi seram dan komedi berubah menjadi sebuah cerita yang sangat annoying dan cringe. Mujur plot masyarakat kampung diganggu hantu pocong sedikit memberi hiburan, cuma ia dirosakkan dengan kualiti lakonan dan komedi yang tidak menjadi seperti yang saya nyatakan diatas.

Production value Syif Malam Raya boleh dikatakan mengejutkan, sangat kemas dan teratur, cuma kostum  beberapa penduduk kampung mungkin sedikit berlebihan. Kesilapan konti tetap ada, tetapi ditahap minimum dan tidak begitu ketara. Paling tidak disangka, babak penduduk membakar rumah, dibuat ‘betul-betul’ tanpa sebarang bantuan CGI – cubaan yang bagus kerana mempraktikan kesan khas secara fizikal berbanding cuba menggunkan bantuan komputer.

Secara keseluruhannya, Syif Malam Raya tidaklah gagal seteruknya, meskipun terdapat banyak kekurangan dari segi cerita, lakonan dan konsep itu sendiri, Profesor Madya Dato’ Dr A. Razak Mohaideen masih menjaga konti dan teknikal filem agar nampak kemas dan tidak berterabur. Bagaimanapun, sebagai pengarah berstatus profesor, saya sebenarnya mengharap lebih dari ini, sebuah filem yang lebih berkualiti dan diingati biarpun berkonsepkan seram komedi. Apa pun Syif Malam Raya lebih layak dilabel telefilem berbanding filem disebabkan kualiti yang agak rendah.

RATING KAKIMUVEE: 4.5/10


Related posts

Viu Perkenalkan Drama Adaptasi Novel Popular, Jendela Hati Lakonan MK K-Clique, Anna Jobling dan Hanna Aqeela

Kakimuvee

Siri Popular ‘Kau vs Aku’ kembali untuk Musim ke-2

Kakimuvee

Unifi TV Melancarkan Kandungannya Sendiri

Kakimuvee

Astro raih 16 anugerah di Asian Academy Creative Awards 2023

Kakimuvee

Sepahtu Reunion Live Tour Tawan Johor Bahru Oktober Ini

Kakimuvee

WALID Angkat Isu Penculikan Kanak-Kanak, Sarat Dengan Aksi Seni Mempertahankan Diri Silat

Kakimuvee