Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Produksi Avatar 2 Akan Bersambung Di New Zealand Minggu Hadapan

Selepas dua bulan terhenti akibat pandemik Covid-19, produksi filem sekuel Avatar akan kembali bersambung minggu hadapan di New Zealand. Pekara tersebut didedahkan penerbit Jon Landau dilaman sosial Facebook baru-baru ini.

Pengesahan dibuat selepas negara Kiwi itu mengeluarkan protokol kesihatan dan keselamatan yang membenarkan produksi televisyen dan filem diteruskan. Landau turut mendedahkan gambar belakang tabir terbaru filem sekuel Avatar, anda boleh saksikannya dibawah.

Avatar 2 menyaksikan beberapa pelakon asal akan kembali membawakan watak masing-masing. Mereka terdiri daripada Sam Worthington, Zoe Saldana, Joel David Moore, Dileep Rao, Stephen Lang, Matt Gerald dan Sigourney Weaver.

Turut menyertai barisan pelakon adalah Kate Winslet, Edie Falco, Michelle Yeoh, Vin Diesel, Jemaine Clement dan Oona Chapin dan beberapa pelakon muda yang lain.

Watak Colonel Miles Quaritch lakonan Stephen Lang dilaporkan turut kembali dalam 4 sekuel akan datang, dan kekal menjadi watak penjahat utama sepanjang keseluruhan filem. Penggambaran Avatar 2 dan Avatar 3 telah bermula sejak 25 September 2017.

Avatar 2 telah ditetapkan tarikh tayangan pada 17 Disember 2021, manakala Avatar 3 pada 22 Disember 2023. Filem Avatar 4 telah ditetapkan pada 19 Disember 2025 dan Avatar 5 pada 17 Disember 2027. Bagaimanapun, perancangan filem Avatar 4 dan bergantung pada kejayaan box office dua filem Avatar sebelum itu

Related posts

The Suicide Squad: James Gunn Goda Beberapa Babak ‘Post-Credit’

Kakimuvee

Trailer Terakhir “A Quiet Place Part II” Buatkan Korang Tak Sabar Nak Tonton Sekuel Filem Ini

Kakimuvee

Marvel Dedah Logline “Black Panther: Wakanda Forever” & “The Marvel”

Kakimuvee

Spider-Man: No Way Home: Andrew Garfield Tidak Menerima Panggilan Dari Marvel Studios

Kakimuvee

MULAKAN PENGEMBARAAN DI RUMAH UNTUK MASA CERIA KELUARGA BERSAMA CARTOON NETWORK!

Kakimuvee

Astro Dilantik Sebagai Pengedar Rasmi Disney+ Hotstar

Kakimuvee