Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Rating Episod 2 “Forecasting Love And Weather” & “Twenty Five, Twenty One” Meningkat


Selepas bermula baik pada tayangan perdana, kedua-dua drama Forecasting Love and Weather dan Twenty Five, Twenty One menyaksikan peningkatan rating pada episod kedua.

Menurut Nielsen Korea (via Soompi), rating Forecasting Love and Weather, drama romantik lakonan Song Kang dan Park Min Young, naik ke tahap 5.5 peratus untuk episod terbaru – peningkatan mendadak berbanding episod pertama yang mencatatkan rating 4.5 peratus.

Sementara itu, rating Twenty Five, Twenty One naik lebih tinggi dengan episod terbaru merekodkan penilaian penonton sebanyak 8.0 peratus, peningkatan 1.6 peratus berbanding rating yang dicatatkan pada episod perdana. 

Drama itu turut menduduki tempat pertama dalam slot waktunya di semua saluran kabel, dan juga no. 1 dikalangan demografi utama penonton berusia 20 hingga 49 tahun, dengan rating 4.2 peratus. 

Kedua-dua drama terbaru itu boleh di strim di Netflix. 



Related posts

K-Drama Jenayah CRUSH Akan Ditayangkan Di Disney+ Hotstar Pada 13 Mei Ini

Kakimuvee

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Netflix Kongsi Klip Terbaru “Castaway Diva” Park Eun Bin

Kakimuvee