Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Rating “Alchemy Of Souls” Melonjak Selepas Kembali Dari Berehat, “Big Mouth” Kekal Menjadi Drama Paling Ramai Penonton


Drama tvN Alchemy of Souls kembali bersiaran selepas berehat selama seminggu.

Penantian penonton yang ingin mengentahui kisah seterusnya menyaksikan episod baharu Alchemy of Souls mencapai rating tertinggi. Menurut Nielsen Korea (via Soompi), drama itu telah merekodkan rating 7.6 peratus, menduduki tempat pertama dalam slot waktunya di semua saluran – termasuk rangkain penyiaran awam.

Sementara itu, drama Big Mouth juga kekal sebagai drama yang paling banyak ditonton dalam slot masanya sendiri dengan purata rating sebanyak 10.3 peratus.

Drama SBS Today’s Webtoon, yang disiarkan dalam waktu yang sama dengan Big Mouth, menyaksikan penurunan dengan rating episod terbaru sebanyak 2.2 peratus.

Prestasi drama TV Chosun Becoming Witch terus menurun, dengan episod terbaru hanya mencatatkan rating 1.3 peratus, yang terendah setakat ini. 


Akhir sekali, drama JTBC The Good Detective 2 mencatatkan peningkatan pada episod terbaru dengan rating 5.0 peratus.

Sumber: Soompi.


Related posts

K-Drama Jenayah CRUSH Akan Ditayangkan Di Disney+ Hotstar Pada 13 Mei Ini

Kakimuvee

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Netflix Kongsi Klip Terbaru “Castaway Diva” Park Eun Bin

Kakimuvee