Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

MKN Benarkan Sektor Industri Kreatif Beroperasi


Sumber gambar: www.freemalaysiatoday.com

Sektor industri kreatif kini boleh kembali beroperasi selepas mendapat kebenaran dari Majlis Keselataman Negara. Bagaimanapun, ia hanya melibatkan enam aktiviti pembangunan kandungan kreatif. 

Enam aktiviti yang dibenarkan itu adalah produksi animasi dan muzik, pasca-produksi di studio, pembangunan muzik secara digital, rakaman lagu di studio, pra-produksi penggambaran dan penggambaran di studio. 

Aktiviti penggambaran di studio merangkumi drama, telefilem, iklan, dokumentari, sitkom, penstriman secara langsung, rakaman kebudayaan, seni dan warisan tanpa penonton. 

Krew dan pelakon yang terlibat dalam aktiviti itu wajib mematuhi SOP yang ditetapkan MKN antaranya protokal kawalan dan pencegahan penyakit, pemeriksaan suhu badan, penggunaan aplikasi MySejahtera, pembersihan dan nyahkuman premis dan penjarakan fizikal. 

Proses uji bakat secara bersemuka juga tidak dibenarkan dan disarankan dilakukan secara pra-produksi maya ataupun melalui penghantaran video oleh artis.


Manakala, kesemua aktiviti itu tidak dibenarkan beroperasi di kawasan yang berada di bawah perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). Kapasiti pekerja yang dibenarkan pada satu-satu masa pula tidak boleh melebihi 20 orang.

Sumber: Harian Metro


Related posts

Alya Iman & Nabil Aqil Bergandingan Dalam Siri Terbaru Adaptasi Novel Anggun Mikayla di Viu

Kakimuvee

“REVERSI” Dipilih Untuk Pertandingan Rasmi Di Festival Filem Far East Udine Ke-26 Pada Tahun 2024

Kakimuvee

Viu Perkenalkan Drama Adaptasi Novel Popular, Jendela Hati Lakonan MK K-Clique, Anna Jobling dan Hanna Aqeela

Kakimuvee

Siri Popular ‘Kau vs Aku’ kembali untuk Musim ke-2

Kakimuvee

Unifi TV Melancarkan Kandungannya Sendiri

Kakimuvee

Astro raih 16 anugerah di Asian Academy Creative Awards 2023

Kakimuvee