Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Saksikan TV Spot & Poster Terbaru “Raya and the Last Dragon”

Walt Disney Animation Studios telah melancarkan ‘Big Game spot’ untuk filem animasi fantasi Raya and the Last Dragon. Filem yang dinantikan ini akan dilancarkan pada 5 Mac 2021 di platform streaming Disney+ dan dipawagam pada 4 Mac 2021.

Anda boleh saksikan trailer pendek berserta poster terbaru dibawah.

Pada zaman dahulu, dalam dunia fantasi Kumandra, manusia dan naga hidup bersama dalam keadaan harmoni. Tetapi ketika kekuatan jahat mengancam manusia, naga mengorbankan diri untuk menyelamatkan umat manusia.

Sekarang, 500 tahun kemudian, kejahatan yang sama telah kembali dan terserah kepada seorang pahlawan tunggal, Raya, untuk mencari legenda naga terakhir dan memulihkan tanah yang retak dan penduduknya yang terpisah. Namun, sepanjang perjalanannya, dia akan belajar bahawa ia memerlukan lebih dari sekadar seekor naga untuk menyelamatkan dunia – yang mana ia perlu mendapatkan kepercayaan dan juga kerja berpasukan. 

Raya and the Last Dragon dibintangi Kelly Marie Tran (Star Wars: The Last Jedi), yang merupakan pelakon Asia Tenggara pertama yang memainkan watak utama dalam filem animasi Disney. Pelakon Awkwafina memainkan peranan sebagai naga dalam bentuk manusia bernama Sisu.

Turut menyertai Tran dan Akwafina adalah Gemma Chan, Daniel Dae Kim, Sandra Oh, Benedict Wong, Izaac Wang, Thalia Tran, Alan Tudyk, Lucille Soong, Patti Harrison dan Ross Butler.

Filem ini diarahkan Don Hall dan Carlos López Estrada, dengan Paul Briggs dan John Ripa turut menjadi pengarah bersama. Osnat Shurer dan Peter Del Vecho bertindak sebagai penerbit manakala lakonlayar ditulis oleh Qui Nguyen dan Adele Lim.

Related posts

Trailer Ambulance: Jake Gyllenhaal & Yahya Abdul-Mateen II Terajui Filem Thriller Terbaru Michael Bay

Kakimuvee

Netflix Lancar Trailer Rasmi & Poster Terbaru “Red Notice”

Kakimuvee

Trailer Uncharted Soroti Babak Yang Diambil Dari Permainan Video

Kakimuvee

Trailer Olaf Presents: Snowman Kegemaran Peminat Akan Menceritakan Semula Animasi Klasik Disney Dalam Siri Filem Pendek

Kakimuvee

DC FanDome: HBO Max Lancar Trailer Peacemaker, Tarikh Tayangan Diumumkan

Kakimuvee

DC FanDome: Video Shazam! Fury of the Gods Tunjuk Lucy Liu & Helen Mirren Sebagai Penjahat

Kakimuvee

Leave a Comment