Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

MENCARI RAHMAT Akan Memasuki Pawagam Disember Ini


Mencari Rahmat – TedAdnan.Asia

Filem Mencari Rahmat arahan Al Jafree Md Yusop bakal menemui penonton pada 31 Disember ini. Pekara tersebut disahkan sendiri oleh pengarahnya di laman sosial Twitter.

“Filem “Mencari Rahmat” akan menemui penonton di seluruh Negara (pawagam lah maknanya) pada 31 Disember ini!,” tulisnya.

Mencari Rahmat sepatutnya ditayangkan pada 18 Jun 2020 selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), namun terpaksa ditunda sekali lagi berikutan pawagam masih lagi tidak dibenarkan beroperasi sepanjang bulan Jun.

Mengambil inspirasi dari karya Oscar Wilde yang berjudul The Importance of Being Earnest, Mancari Rahmat bakal memaparkan satira dan humor yang penuh sarkastik kepada bakal-bakal penonton.

Mengisahkan Razak yang merupakan seorang anak yatim piatu. Beliau kemudiannya bergelar seorang ahli perniagaan berjaya di Pulau Pinang. Selepas ibu bapa angkatnya meninggal dalam satu kemalangan, dia mewarisi segala-galanya, termasuk menjadi penjaga kepada cucu mereka berusia 19 tahun bernama Ratna, yang juga yatim piatu. Bagaimanapun, Razak yang merupakan seorang kaki parti dan suka berfoya-foya mahu menunjukkan contoh baik kepada Ratna. Sementara itu, Azman seorang lagi yatim piatu yang dibesarkan oleh makciknya, Datin Azizah. Datin Azizah mempunyai anak perempuan bernama Rose yang juga kekasih Razak. Kehidupan mereka kemudian bertembung sebagaimana rahsia mereka terdedah.


Apa yang menariknya mengenai filem ini, para pelakonnya terdiri dari pelakon-pelakon yang penuh berkaliber dan berkualiti antarannya Sharifah Amani, Namron, Amirul Afendi, Fauziah Nawi, Adibah Noor, Eric Fuzi dan Nadia Aqilah.


Related posts

Alya Iman & Nabil Aqil Bergandingan Dalam Siri Terbaru Adaptasi Novel Anggun Mikayla di Viu

Kakimuvee

“REVERSI” Dipilih Untuk Pertandingan Rasmi Di Festival Filem Far East Udine Ke-26 Pada Tahun 2024

Kakimuvee

Viu Perkenalkan Drama Adaptasi Novel Popular, Jendela Hati Lakonan MK K-Clique, Anna Jobling dan Hanna Aqeela

Kakimuvee

Siri Popular ‘Kau vs Aku’ kembali untuk Musim ke-2

Kakimuvee

Unifi TV Melancarkan Kandungannya Sendiri

Kakimuvee

Astro raih 16 anugerah di Asian Academy Creative Awards 2023

Kakimuvee