Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaSlot Tempatan

Mechamato Movie Kutip RM1.1 Juta Pada Hari Pertama Tayangan


Permulaan yang cukup baik buat filem animasi terbaru tempatan, Mechamato Movie. 

Filem terbaru Animonsta Studios telah mengutip RM1.1 juta pada hari pertama tayangannya. Pekara tersebut diumumkan pengasas studio yang juga pengarah Mechamato Movie, Nizam Abd Razak menerusi akaun peribadi Facebook beliau sebentar tadi. 

“Alhamdulillah. Terima kasih pada yang sudah menonton dan yang bakal menonton #MechamatoMovie” tulisnya di Facebook. 

Faktor filem yang turut mensasarkan penonton dewasa menyumbang kepada kutipan yang tinggi pada hari pertama tayangannya. Dengan musim cuti sekolah yang semakin hampir, Mechamato Movie dijangka akan terus menambah kutipan tiket apabila ibubapa membawa anak-anak mereka menonton filem terbaru yang berdasarkan animasi popular Mechamato dan BoboiBoy ini.

“Mechamato Movie berkisarkan pengembaraan seorang pemuda bernama Amato (Ayah kepada BoBoiBoy) yang secara tidak sengaja menjadi pemilik MechaBot, sebuah Power Sphera yang mempunyai kebolehan untuk ‘Mechanize’ dengan objek lain. Bersama-sama, mereka boleh bergabung menjadi seorang wira berperisai, Mechamato!”


Selain filem, siri penuh Mechamato musim pertama kini boleh ditonton di Netflix dalam enam jenis bahasa berbeza seperti bahasa Malaysia, Inggeris, Jepun, Korea, Mandarin dan Thai. Turut disediakan adalah tujuh jenis sari kata berbeza seperti Tagalog dan bahasa Indonesia.

Mechamato Movie kini sedang ditayangkan di pawagam


Related posts

Alya Iman & Nabil Aqil Bergandingan Dalam Siri Terbaru Adaptasi Novel Anggun Mikayla di Viu

Kakimuvee

“REVERSI” Dipilih Untuk Pertandingan Rasmi Di Festival Filem Far East Udine Ke-26 Pada Tahun 2024

Kakimuvee

Viu Perkenalkan Drama Adaptasi Novel Popular, Jendela Hati Lakonan MK K-Clique, Anna Jobling dan Hanna Aqeela

Kakimuvee

Siri Popular ‘Kau vs Aku’ kembali untuk Musim ke-2

Kakimuvee

Unifi TV Melancarkan Kandungannya Sendiri

Kakimuvee

Astro raih 16 anugerah di Asian Academy Creative Awards 2023

Kakimuvee