Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Jackie Chan Umum “Rush Hour 4” Sedang Dalam Pembangunan


Francais aksi komedi Rush Hour nampaknya bakal kembali dengan filem keempat! 

Semasa penampilan di Festival Filem Red Sea baru-baru ini, pelakon aksi legenda Jackie Chan mengesahkan bahawa Rush Hour 4 kini dalam peringkat awal pembangunan. Jackie juga berkata, penghasilan skrip masih lagi berjalan, dan projek itu sudah mempunyai pengarah yang akan mengarahkan filem tersebut. 

Khabar angin mengenai Rush Hour 4 telah tersebar sejak 2012, dengan bintang utama Jackie Chan dan Chris Tucker sentiasa mengulangi kesanggupan mereka untuk kembali memainkan peranan ikonik mereka sebagai Inspektor Lee dan Officer Carter. 

Butiran lanjut mengenai ansuran keempat masih lagi dirahsiakan, dan buat masa ini tidak dapat disahkan sama ada Brett Ratner, yang mengarahkan tiga filem pertama, turut menyertai projek terbaru ini ataupun tidak. 

Francais Rush Hour bermula dengan filem pertama pada 1998, yang berpusat di sekitar kerjasama yang tidak mungkin antara seorang detektif Hong Kong dan seorang pegawai LAPD.


Susulan kejayaan filem asal, dua sekuel telah dihasilkan dan francais aksi komedi itu telah memperoleh kutipan kasar lebih $840 juta di box office seluruh dunia.


Related posts

Saluran baharu, Jackie Chan (Ch 400) untuk pelanggan Astro Movies Pack

Is Mohd

Review Filem: Vanguard (2020)

Kakimuvee

Chris Tucker Sahkan Projek Rush Hour 4 Diteruskan

Is Mohd

Jackie Chan Datang Ke Malaysia

Kakimuvee

Aktor & Aktress Paling Mahal Setakat Ini

Kakimuvee

5 Pelakon Yang Menerima Bayaran Paling Mahal Di Dunia

Kakimuvee