Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

MASK GIRL: Go Hyun Jung, Ahn Jae Hong, & Yeom Hye Ran Disahkan Bintangi Siri Terbaru Netflix


Go Hyun Jung, Ahn Jae Hong dan Yeom Hye Ran disahkan membintangi siri terbaru Netflix bertajuk Mask Girl.

Berdasarkan webtoon popular dengan nama judul yang sama, Mask Girl mengisahkan seorang pekerja biasa bernama Kim Mo Mi yang tidak yakin dengan penampilannya. Setiap malam, Kim Mo Mi aktif sebagai joki penyiaran Internet (BJ) yang bekerja sambil menutup mukanya dengan topeng. Siri ini menggambarkan kisah hidup Kim Mo Mi yang bergelora yang terungkap apabila dia secara tidak sengaja terhanyut dalam satu insiden.

Go Hyun Jung (My Lawyer. Dear My Friends) akan memainkan watak utama sebagai Kim Mo Mi. Wataknya itu mengimpikan untuk menjadi seorang selebriti, tetapi sentiasa kecewa keranan penampilannya tidak sesuai dengan imej seorang selebriti. Walaupun dirundum perasaan rendah diri, dia sangat gembira apabila memakai topeng dan menjadi pengacara Internet.

Ahn Jae Hong, yang telah membuat penampilan hebat dalam Time to Hunt, Melo Is My Nature dan Fight My Way, akan memainkan peranan sebagai Joo Oh Nam, rakan sekerja Kim Mo Mi. Wataknya juga sering merasa rendah diri disebabkan penampilannya. Satu-satunya sumber kegembiraan Joo Oh Nam adalah menonton siaran internet, dan satu hari dia hanyut dalam kejadian yang tidak dijangka dengan Kim Mo Mi.

Selepas mempamerkan kebolehan hebatnya dalam melakonkan watak menerusi drama When the Camellia Blooms dan The Uncanny Counter, Yeom Hye Ran akan memegang watak sebagai Kim Kyung Ja, ibu kepada Joo Oh Nam. Selain dilahirkan tidak bernasib baik, Kim Kyung Ja bercerai dengan suaminya dan hanya hidup untuk menjaga anaknya. Selepas anak lelakinya hilang, dia segera menyatukan hatinya yang hancur dan mula mencari Joo Oh Nam.


Mask Girl akan ditulis dan diarahkan oleh Kim Yoon Hoon (Beasts Clawing at Straws) dan diterbitkan oleh Bon Factory (True Beauty, What’s Wrong With Secretary Kim, Master’s Sun).


Related posts

K-Drama Jenayah CRUSH Akan Ditayangkan Di Disney+ Hotstar Pada 13 Mei Ini

Kakimuvee

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Zuko Pamer Skil ‘Firebending’ Dalam Klip Video Avatar: The Last Airbender

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

Jumlah Penonton ‘Rebel Moon Part 1’ Di Netflix Telah Didedahkan

Kakimuvee

Dokumentari Jenayah Jho Low MAN ON THE RUN Akan Tayangan Di Netflix Pada Januari Ini

Kakimuvee