Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaVideo

[VIDEO] Tom Cruise Sebagai Iron Man Dalam “Doctor Strange 2”?


Desas-desus mengenai penyertaan Tom Cruise dalam Marvel Cinematic Universe semakin kuat selepas gambar, yang kelihatan mirip sepertinya, di set penggambaran Doctor Strange in the Multiverse of Madness tersebar di atas talian. 

Bintang Mission: Impossible itu dikatakan akan membawa peranan Tony Stark/Iron Man – watak yang pada awalnya ditawarkan kepadanya sebelum Marvel Studios memberikan watak itu kepada Robert Downey Jr. – dalam filem kedua Doctor Strange. 

Terdapat spekulasi yang mengatakan filem Doctor Strange in the Multiverse of Madness akan dipenuh dengan banyak cameo dan penampilan, dan peminat sudah tentunya berharap dapat melihat Tom Cruise sebagai versi altivernatif Iron Man, atau dalam erti kata lainnya, Variant Iron Man selain yang dilakonkan oleh Robert Downey Jr.

BACA: 15 Pelakon Yang Hampir Menyertai Avengers

Dengan Marvel Cinematic Universe mula bermain dengan ‘multiverse,’ jadi tiada yang mustahil, Tom Cruise boleh memainkan watak Iron Man, cuma ianya bergantung pada Marvel Studios, sama ada mahu merealisasikan harapan peminat ataupun tidak.


Tambahan pula, ramai peminat MCU tahu bahawa Marvel Studios sering merahsiakan projek-projek terbaru mereka, terutamanya yang melibatkan projek berprofil tinggi seperti sekuel Doctor Strange. 

Apapun, kita nantikan perkembangan terbaru mengenai Tom Cruise dan Iron Man di masa hadapan – mungkin gambar-gambar yang bocor di atas talian, ataupun mungkin, Tom Cruise sebenarnya langsung tidak terlibat dalam filem sekuel Doctor Strange yang akan datang. 

Sementara itu, mari kita lihat ‘fan art‘ dan video peminat yang mengambarkan Tom Cruise sebagai Iron Man.

 

Doctor Strange in the Multiverse of Madness dibintangi Benedict Cumberbatch dan Benedict Wong akan memainkan peranan mereka sebagai Stephen Strange/Doctor Strange dan Wong. Chiwetel Ejiofor dan Rachel McAdams kembali dalam filem kali ini sebagai Karl Mordo, bekas rakan Doctor Strange yang bertukar menjadi musuh dan Christine Palmer, rakan sekerja yang juga kekasih Strange. 

Elizabeth Olsen mengulangi peranannya sebagai Wanda Maximoff dan pendatang baharu MCU, Xochitl Gomez sebagai America Chavez. Michael Stuhlbarg kembali meneruskan peranannya sebagai Nicodemus West. Dijangkakan lebih banyak pelakon akan muncul sebagai cameo dalam filem kali ini, cuma peminat perlu menantikannya, sama ada dalam trailer terbaru ataupun filem. 

Louis D’Esposito, Victoria Alonso, Eric Hauserman Carroll, dan Jamie Christopher menjadi penerbit eksekutif disamping penerbit Kevin Feige, manakala Michael Waldron menulis lakon layar untuk filem ini.

Doctor Strange in the Multiverse of Madness akan dilancarkan pada 5 Mei ini.


Related posts

Review Filem: The Marvels (2023)

Kakimuvee

[VIDEO] Trio The Marvel Melawat Planet Aladna Dalam Video ‘Deleted Scene’ Terbaru

Kakimuvee

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee

Pengarah Destin Daniel Berundur Dari Projek Avengers: The Kang Dynasty

Kakimuvee

Matlamat Suci Loki Ditunjukkan Dalam Finale Siri ‘Loki’

Kakimuvee