Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official TrailerSlot Asia

“Mad For Each Other” Goda Ledakan Gila Dalam Siri Rom-Com Terbaru Netflix


Teaser liar telah muncul! kisah cinta gila yang akan buatkan kita semua jatuh cinta dalam siri Netflix akan datangĀ Mad for Each Other.

Dalam treler dibawah, kita melihat Noh Hwi-oh (Jung Woo) dan Lee Min-kyung (Oh Yeon-seo) melepaskan kemarahan mereka di sebuah kereta yang mengambil dua tempat letak kereta (betapa kurang ajarnya!). Hwi-oh dengan penuh amarah, menendang dan menghentak kereta, menuntut kereta itu dialihkan.

Min-kyung, yang mengendong anjing comelnya, telah bergabung dengan Hwi-oh sambil dia menyorong tanda letak kereta dan memacaknya diatas bonet hadapan kereta itu. Tingkah laku berani mereka mengisyaratkan tingkah laku yang lebih gila yang bakal kita lihat.Ā 

Di sebalik kemarahan mereka, watak-watak tersebut berhadapan dengan kekecewaan dan masalah sukar yang dihadapi mereka. Hwi-oh adalah seorang pegawai polis yang bersemangat, tetapi kejadian itu mengubah kehidupannya dan akhirnya dia bergelut dengan masalah cepat naik angin

Begitu juga, kehidupan sempurna Min-kyung hancur dalam sekelip mata. Ketika pertama kali bertemu, mereka bertengkar tanpa henti, tetapi kemudian, mereka mula melihat luka antara satu sama lain, danĀ  mereka saling mengenali dengan lebih baik.


Tonton treler dibawah dan saksikan kisah cinta Mad for Each Other yang menarik dan menyentuh perasaan pada 24 Mei 2021 jam 18:00 MYT! Episod baru tersedia setiap hari Isnin, Selasa dan Rabu, hanya di Netflix.


Related posts

K-Drama Jenayah CRUSH Akan Ditayangkan Di Disney+ Hotstar Pada 13 Mei Ini

Kakimuvee

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Zuko Pamer Skil ‘Firebending’ Dalam Klip Video Avatar: The Last Airbender

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

Jumlah Penonton ‘Rebel Moon Part 1’ Di Netflix Telah Didedahkan

Kakimuvee

Penjahat Utama Kembali Dalam Trailer Kung Fu Panda 4

Kakimuvee