Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Official Trailer

Trailer Terakhir “A Quiet Place Part II” Buatkan Korang Tak Sabar Nak Tonton Sekuel Filem Ini

Selepas ditunda hampir setahum, Paramount Pictures secara rasmi telah melancarkan trailer terakhir filem sekuel seram yang sangat dinantikan, arahan John Krasinsk, A Quiet Place Part II. Dibintangi Emily Blunt dan Cillian Murphy, trailer terbaru itu memaparkan ketegangan yang dihadapi keluarga Abbott serta pandangan terbaru babak ‘flashback’ yang melibatkan karakter Lee lakonan Krasinski.

Anda boleh tonton trailer terakhir A Quiet Place Part II dibawah berserta video featurette yang berdurasi 46 saat.

Dalam A Quiet Place: Part II, setelah peristiwa menakutkan di rumah, keluarga Abbott (Emily Blunt, Millicent Simmonds, Noah Jupe) kini harus menghadapi ketakutan dunia luar ketika mereka meneruskan perjuangan mereka untuk terus hidup dalam diam. Terpaksa meneroka perkara yang tidak diketahui, mereka dengan cepat menyedari bahawa makhluk yang memburu dengan mendengar bunyi bukan satu-satunya ancaman yang dihadapi mereka.

Emily Blunt kembali meneruskan wataknya bersama-sama Millicent Simmonds dan Noah Jupe sebagai Regan dan Marcus Abbott. Mereka turut disertai pendatang baru dalam francais ini iaitu Cillian Murphy dan Djimon Hounsou. John Krasinski sekali lagi diberi tanggungjawab sebagai pengarah dan penulis skrip.

Filem pertama A Quite Place yang ditayangkan pada 2018 berjaya meraih $340 juta dolar seluruh dunia dengan modal pembikinan hanya $17 juta dolar. 

A Quiet Place Part II, akan ditayangkan di pawagam tempatan pada 3 Jun 2021. 

Related posts

THOR: LOVE AND THUNDER: Chris Pratt Goda Persengketaan Antara Star-Lord & Thor

Kakimuvee

Park Seo Joon Bakal Bintangi Sekuel Captain Marvel

Kakimuvee

Video Featurette Terbaru “Loki” Menyoroti Watak Judge Renslayer

Kakimuvee

Nantikan “Rurouni Kenshin: The Final” Di Netflix Jumaat Ini

Kakimuvee

[VIDEO] Black Widow Menentang Taskmaster Dalam TV Spot Terbaru

Kakimuvee

Ryan Reynolds Baru Tahu Dia Adalah NPC Dalam Trailer “Free Guy”

Kakimuvee

Leave a Comment

Add your own review

Rating