Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaSlot Asia

Filem Shin Ultraman Diumumkan! Sasar Tarikh Tayangan Pada 2021


Selepas berjaya memberi nafas baru kepada Godzilla menerusi filem Shin Godzilla (aka Godzilla Resurgence) yang diterbitkan pada tahun 2016, Hideaki Anno dan Shinji Higuchi mengumumkan secara rasmi bahawa Ultraman juga akan turut diperbaharui menerusi filem terbaru berjudul Shin Ultraman. 

Dalam pengumuman itu juga, mereka turut mensasarkan tarikh tayangan filem terbaru itu pada 2021.

Hideaki Anno dan Shinji Higuchi telah menubuhkan pasukan kreatif yang diberi nama “Higuchi-Gumi”, dengan Higuchi akan bertindak selaku pengarah manakala Anno akan menjadi penerbit dan menyiapkan skrip untuk filem Shin Ultraman. Draf pertama skrip telah siap pada 5 Februari yang lalu dan Anno akan mula terlibat sepenuh selepas selesai pembikinan filem “EVANGELION:3.0+1.0”

Filem Shin Ultraman itu akan membariskan pelakon seperti  Masami Nagasawa, Takumi Saito, dan Hidetoshi Nishijima.

Toho Co., Khara Inc. dan Tsuburaya Productions akan bekerjasama dalam projek penerbitan filem terbaru ini.



Related posts

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Netflix Kongsi Klip Terbaru “Castaway Diva” Park Eun Bin

Kakimuvee

Review Filem: Zom 100: Bucket List of the Dead (2023)

Kakimuvee