Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
ReviewSlot Asia

Review Filem: Sisters (2019)


AMARAN SPOILER!!

Kalau di Indonesia kita ada Kuntilanak, kalau di Malaysia kita ada Pontianak, Thailand juga tidak terlepas dengan ikon seram mereka iaitu Balan – Balan atau penanggal. Dalam bahasa Thai dikenali sebagai Krasue. Krasue merupakan ikon kisah seram Thailand paling popular dan ini adalah filem kedua pada tahun 2019 ini yang memasuki Malaysia sambil mengenengahkan ikon seram mereka itum

Penceritaan dibuka dengan kisah adik beradik wanita yang merupakan Krasue dan ada diantara merekanya yang berniat jahat terhadap manusia. Salah seorang daripada mereka telah melahirkan anak dan anak tersebut telah dilindungi supaya tidak terjebak dan bertukar menjadi Krasue jahat seperti mana ahli keluarga ibunya yang lain.

Pertukaran badan kepada Krasue boleh dielakkan bergantung dengan bagaimana penjagaan dan pergaulan seseorang kerana salah satu cara untuk memungkinkan terjadinya pertukaran badan kepada Krasue adalah melalui hubungan seks. Remaja wanita yang merupakan waris keluarga Krasue itu tadi dijaga oleh kakaknya sendiri daripada mengelakkan dia diculik oleh pihak yang jahat bagi melunaskan agenda mereka.

Peristiwa demi peristiwa dan pergolakan demi pergolakan berlaku dalam memastikan adiknya itu tidak terjatuh ke tangan yang jahat. Bagi mereka yang menyukai filem seakan – akan filem Twilight tanpa kisah percintaan ini bolehlah menontonnya sekarang di pawagam terdekat.


Filem Sisters kali ini merupakan sebuah filem yang diklasifikasikan sebagai filem 18+ kerana mengandungi unsur unsur keganasan dan seks yang agak jelas. Walaupun telah diletakkan dalam kategori 18+ masih ada beberapa babak yang dipotong oleh LPF lebih lebih lagi pada babak perlawanan terakhir filem ini kerana melibatkan visual seorang wanita yang hampir tidak berpakaian.

Filem berdurasi 1jam 50minit ini agak perlahan dari segi “pacing”nya untuk satu jam pertama dan ia adalah kerana untuk memperjelaskan kepada penonton akan konflik – konflik yang ada serta membuka peluang kepada perkembangan watak dan juga perkembangan jalan cerita. Namun begitu ianya tidak dimanfaatkan sepenuh dan sebaiknya oleh pihak produksi dan membuatkan pacingnya yang perlahan menjadi bosan dan perkembangan wataknya dilihat agak mengarut.

Dari segi visualisasinya, filem seram Thailand sudah terkenal dengan memberikan visual yang cukup menyesakkan nafas penonton dengan aksi darah yang berlumuran di lantai dan pada badan pelakon serta penampakan wajah hantu yang secara langsung dari satu babak kepada satu babak yang lain. Perkara ini juga dibantu dengan Penataan bunyi yang menyeramkan namun dilihat agak keterlaluan pada sesetengah babak. Selain babak yang menakutkan, babak babak yang menjijikkan juga tidak dilupakan oleh pihak produksi filem Sisters ini.

Secara kesimpulannya, filem Sisters ini adalah sebuah filem seram “slow burn” yang tidak berjaya dimanfaatkan secara menyeluruh oleh produksi dan membuka peluang kepada nilai kebosanan yang agak jelas dalam filem ini.

Rating Kakimuvee : 6.5/10


Related posts

Review Filem: The Exorcist: Believer (2023)

Kakimuvee

Review Filem: The Creator (2023)

Kakimuvee

Review Filem: Sleep (2023)

Kakimuvee

Review Filem: The Equalizer 3 (2023)

Kakimuvee

Review Filem: Malbatt Misi Bakara (2023)

Kakimuvee

Review Filem: Concrete Utopia (2023)

Kakimuvee