Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Awie Malas Layan Youtuber ‘Pengkritik Filem’


Nampaknya, YouTuber pengkritik filem sekali lagi menjadi perhatian penggiat seni. Kali ini, pelakon dan penyanyi Datuk Awie tampil bersuara mengenai pendapatnya terhadap YouTuber pengkritik filem.

Menurut laporan media Harian Metro, Awie menganggap Youtuber pengkritik filem tidak mempunyai sebarang ‘knowledge’ mengenai filem dan sengaja berbuat demikian untuk mencari pengikut bagi ‘subscribed’ saluran mereka, semata-mata demi cari duit dan kepentingan sendiri.

“Sekarang, kita ada ramai Youtuber pengkritik filem yang kononnya, nak buat ‘review’. Walhal mereka pun ‘zero knowledge’ berkenaan filem. Mereka tak pernah buat satu filem dan skrip pun. Tapi, cara hentam filem seolah-olah macam dia dah buat 100 filem. Kita nak layankah orang macam ini?”

“Kalau saya ataupun penggiat lain gila nak layan mereka dan orang lain pun gila nak mendengar kutukan hasad dengki daripada manusia-manusia jahil seperti ini, jahanamlah hidup kita semua.”

Menurut Awie lagi, mereka hanya membuat filem untuk menghiburkan penonton, dan dalam masa yang sama mencari rezeki. Bukan itu sahaja, jika ada keuntungan, mereka mahu membuat filem yang lebih bagi baik dari segi produksi, skrip, pelakon dan sebagainya.


Selain itu juga, bintang Hantu Kak Limah itu turut berharap agar penonton tidak terpengaruh dengan pengkritik filem yang suka mengeluarkan kritikan bukan-bukan.

Awie bakal muncul dalam filem terbaru 10 Tips Tipu Bini arahan Azizi ‘Chunk’ Adnan, yang turut dibintangi beberapa pelakon terkenal seperti Khir Rahman, Ropie, Joey Daud, Vicha, Jehan Miskin, Nasir Bilal Khan dan ramai lagi.

Filem pertama syarikat penerbitan Awie, Rumah Produksi Merah Sdn Bhd, akan menemui penonton menerusi saluran Astro First pada 7Januari, tahun depan.

 


Related posts

Alya Iman & Nabil Aqil Bergandingan Dalam Siri Terbaru Adaptasi Novel Anggun Mikayla di Viu

Kakimuvee

“REVERSI” Dipilih Untuk Pertandingan Rasmi Di Festival Filem Far East Udine Ke-26 Pada Tahun 2024

Kakimuvee

Viu Perkenalkan Drama Adaptasi Novel Popular, Jendela Hati Lakonan MK K-Clique, Anna Jobling dan Hanna Aqeela

Kakimuvee

Siri Popular ‘Kau vs Aku’ kembali untuk Musim ke-2

Kakimuvee

Unifi TV Melancarkan Kandungannya Sendiri

Kakimuvee

Astro raih 16 anugerah di Asian Academy Creative Awards 2023

Kakimuvee