Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

“The Penthouse” Kekal Kukuh Dalam Penilaian Penonton, “Royal Secret Agent” Cipta Rekod Peribadi

Drama hit SBS The Penthouse terus kukuh dalam penilaian penonton menjelang episod finale!

Menurut Nielsen Korea, episod 29 Disember The Penthouse telah merekodkan purata rating sebanyak 21.3 peratus dan 23.5 peratus. Sedikit penurunan berbanding episod sebelumnya, yang mencatatkan rating sebanyak 21.0 dan 23.9 peratus. 

Rating yang masih dalam lingkuangan 20 peratus membuktikan populariti yang kuat walaupun dua episod terbaru The Penthouse dinilai 19+. 

Sementara itu di KBS, Royal Secret Agent mencipta rekod peribadi dengan episod terbaru merekodkan purata rating sebanyak 5.2 dan 6.1 peratus.

Episod pertama drama Royal Secret Agent telah mencatatkan rating sebanyak 5.0 peratus, sebelum melonjak ke 5.8 peratus pada episod kedua. Bagaimanapun, episod ketiga menyaksikan penurunan dengan rating 5.2 peratus, dan episod terbaru berjaya melepasi julat 6 peratus, sekaligus mencatatkan rating tertinggi.

Di tvN, Awaken merekodkan rating sebanyak 4.391 peratus, sedikit peningkatan berbanding episod sebelumnya, manakala di JTBC, Live On merekodkan rating 0.6 peratus, hampir sama dengan rating minggu lalu.

 

Related posts

“Taxi Driver” Bermula Baik, Rating “Beyond Evil” Meningkat Menjelang Episod Akhir

Zulaikha

Kim Ok Bin & Lee Joon Hyuk Berjuang Untuk Bertahan Melawan Naluri Terburuk Manusia Dalam Trailer Terbaru “Dark Hole”

Zulaikha

5 REASONS TO WATCH KOREAN NOIR FILM NIGHT IN PARADISE

Zulaikha

“Sisyphus: The Myth” Berakhir Suram, “Mouse” Kekal Mendahului

Zulaikha

Seo Ye Ji Bimbang Suaminya Kim Kang Woo Adalah Pembunuh Dalam Gambar Terbaru “Recalled”

Zulaikha

10 OF SONG JOONG-KI’S SEXIEST VINCENZO MOMENTS

Zulaikha