Rating drama KBS Cheat on Me If You Can kembali meningkat selepas episod sebelumnya menyaksikan penurunan rating.
Menurut Nielsen Korea, episod 10 Disember Cheat on Me If You Can merekodkan purata rating sebanyak 4.2 dan 5.2 peratus, kembali ke julat 5 peratus selepas episod sebelumnya hanya mencatatkan rating sekitar 3-4 peratus.
Sementara itu, drama tvN True Beauty terus menunjukkan prestasi baik dengan rating sebanyak 3.626 peratus, sedikit peningkatan berbanding episod perdana.
Akhir sekali di MBC, drama The Spies Who Loved Me merekodkan purata rating sebanyak 2.9 dan 2.8 peratus, peningkatan berbanding episod sebelumnya.