
Tinggal beberapa bulan sahaja lagi sebelum tayangan siri Marvel Disney+ The Falcon and the Winter Soldier. Sempena perbentangan Disney’s Investor Day, Marvel Studios telah melancarkan trailer terbaru yang memaparkan banyak aksi yang menarik.
Anda boleh saksikan trailer di pemain video dibawah.
Doctor Strange In The Multiverse of Madness, debuts March 25, 2022. Starring Benedict Cumberbatch, Elizabeth Olsen, Benedict Wong, Rachel McAdams, Chiwetel Ejiofor, & Xochitl Gomez as America Chavez. Directed by Sam Raimi, the film ties to WandaVision & the next Spider-Man film.
— Disney (@Disney) December 11, 2020
Perincian plot masih belum didedahkan, tetapi siri enam episod ini akan menjadi penggembaraan global kerana kedua-dua wira itu bekerjasama dengan Sharon Carter (Emily VanCamp) dalam usaha menghentikan konspirasi baru yang dilakukan oleh penjahat terkenal, Baron Zemo (Daniel Brühl) .
The Falcon and the Winter Soldier merupakan salah satu siri Marvel Disney+ akan datang. Siri ini dibintangi pelakon seperti Anthony Mackie (Avengers: Endgame), Sebastian Stan (Avengers: Endgame), Daniel Brühl (Captain America: Civil War), Emily VanCamp (Captain America: Civil War), Wyatt Russell (Overlord), Adepero Oduye (The Big Short), Desmond Chiam (The Shannara Chronicles), Miki Ishikawa (The Terror), Noah Mills (The Enemy Within), dan Carl Lumbly (Supergirl).
Kari Skogland (The Punisher) mengarah kesemua enam episod minisiri ini dengan Malcolm Spellman (Empire) bertindak sebagai ‘showrunner’.
The Falcon and the Winter Soldier akan bersiaran di laman penstriman Disney+ pada 19 Mac 2021.