Apple TV+ telah melancarkan trailer pertama Defending Jacob lakonan Chris Evans bersama-sama bekas pelakon IT, Jaeden Martell. Siri terhad berdasarkan drama novel jenayah bertajuk sama karya William Landay ini akan bersiarakan di Apple TV+ pada 24 April. Anda boleh saksikan trailer dipemain video dibawah.
Siri ini akan menereko jenayah yang mengegarkan bandar kecil terletak di Massachusetts dimana Pendakwaraya terperangkap diantara tugasnya dan menegakkan keadilan selepas anak kesayangannya yang berusia 14 yahun telah dituduh membunuh.
Evans memainkan peranan sebagai Andy Barber, Michelle Dockery sebagai Laurie Barber, Jaeden Martell sebagai Jacob Barber serta beberapa pelakon lain seperti Cherry Jones, Pablo Schreiber, Sakina Jaffrey. Betty Garbriel dan beberapa pelakon lain.
Penulis Planet of the Apes, Mark Bomback bertindak selaku penulis, manakala Morten Tyldum bertindak selaku pengarah. Siri ini diterbitkan Paramount Television dan Anonymous Content