Filem superhero terbitan Sony,Venom terus mencatatkan kutipan yang cukup memberangsangkan apabila berjaya meraih lebih $800 juta sehinggakini.
kutipan tersebut menepati ramalan penganalisis yang menjangkakan Venom akan melepasi angka $800 juta selepas menerima sambutan yang cukup mengalakkan di China.
Setakat ini, Venom telah mengumpul $822.5 juta dolar dengan kutipan antarabangsa mencecah $610.8 juta dolar. Kutipan tersebut turut mengatasi jumlah keseluruhan kutipan filem Wonder Woman yang meraih $821.8 juta pada tahun lepas.
Walaupun sebelum ini Venom dikritik teruk oleh para pengkritik, ia sedikit pun tidak mempengaruhi penonton khususnya peminat-peminat filem Marvel untuk menyaksikan filem ini dipawagam.