Review Polis Evo 2

349
views

Tanpa Ghaz Abu Bakar, sekuel Polis Evo kali ini agak masih ‘hebat’ dan mampu berdiri dengan kakinya sendiri walaupun teruk ditikam. Pengarahnya kali ini iaitu Joel Soh dan Andre Chiew ‘berjaya’ menyaingi filem Polis Evo yang diarahkan oleh pengarahnya sebelum ini.

Ya..saya akui dan saya berkata jujur bahawa aksi Polis Evo 2 sangat-sangat dapat memuaskan hati saya. Aksi tembak menembak diantara pengganas dan polis sangat mendebarkan. Diawal filem penonton sudah dapat melihat aksi hebat yang ditunjukkan. Malah adegan aksi ketika pasukan khas polis cuba menyelinap masuk ke kubu pengganas dan ketika bertahan menunggu bantuan boleh dikatakan setanding dengan satu lagi filem aksi tempatan iaitu Paskal. 

Secara ringkasnya, saya gambarkan Polis Evo 2 sangat hebat, hebat dengan adegan aksinya yang membuatkan saya terpaku serta hebat meninggalkan banyak rompong-rompong yang membuatkan saya tersenyum lebar.

Apa yang boleh saya katakan, plot filem sangat ‘berat-seberatnya’, ‘sukar untuk dijangka’ dan sangat ‘mendebarkan’. Filem yang tidak klise, penganas yang kononnya suci dan masuk syurga bunuh orang, hisap dadah dan jadi ‘tokan’ besar ala kartel Mexico. Konsep penganas berserban yang diluar kotak ditonjolkan dalam filem ini. Paling yang membuatkan saya kagum adalah plot twist filem Polis Evo 2 ini dimana pasukan bantuan langsung tidak muncul tiba sehinggalah semua saki baki pengganas mati dibom oleh Inspektor Sani (Zizan Razak). ini menunjukkan pengarahnya sengaja ingin menonjolkan kehebatan dua heronya terutamanya Inspektor Sani dalam membuat ‘savage’ dengan membunuh segerombolan penganas walaupun sebelum itu dia menangis teresak-esak.

Dari segi lakonan, saya meletakan Shaheizy Sam sebagai ‘Most Valuable Player’ dalam filem ini. Beliau berjaya mengekal kehebatan karakternya dalam sekuel kali ini. Pelakon-pelakon juga tidak kurang hebatnya, misalnya Zizan Razak yang mana air matanya begitu menyakinkan. Manakala karakter penjahat dalam filem kali ini iaitu Hafsyam (Hasnul Rahmat) bagi saya sangat ‘badass, ‘badass’ dalam berkata-kata dan acah-acah kejam tetapi ‘easy’ mendapat ‘first blood’. Oh ye, saya lihat dalam senarai pelakon terdapat nama Soffi Jikan, tapi beliau muncul sekejap-sekejap sahaja. Maybe karakternya mungkin ada dalam ‘deleted scene’, harap-harap dalam versi ‘blu-ray’ karakter Soffi Jikan akan ada lebih banyak lagi.

Sebagai sebuah filem yang memakan modal berjuta, reka bentuk produksi serta kesan khas juga memainkan peranan penting. Kesan khasnya bagi saya sangat ‘ok’, tetapi reka bentuk produksi agak mengejutkan. Saya ambil contoh pusat arahan polis, hampir ‘menyamai’ ‘command center’ seperti dalam filem-filem Hollywood. Ah, senang kata semuanya hebat.

Secara keseluruhannya, saya sebenarnya ingin mengatakan bahawa sekuel kali ini tidak hebat, tidak menarik, tidak mendebarkan, Inspektor Sani penakut, Erra Fazira garang dan Inspektor Khai buat ayat sedih takut orang tak tengok. Apapun, yang ini benar-benar jujur saya katakan, aksi mantap, hebat dan puas. Jadi buang segala-galanya dan hanya fikir yang melihat aksi filem ini sahaja. Jangan terpengaruh, jangan marah dengan ulasan ini sebab ini ulasan saya bukan ulasan kamu. Satu lagi ingin saya ingatkan, ingat gua, ingat orang jahat berserban, ingat Munafik 2.

Rating Kakimuvee: 6.5/10

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here