Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot AsiaTrivia

5 Sebab Kenapa Korang Perlu Tonton “Sweet Home”


Cha Hyun Soo, seorang budak sekolah berumur 18 tahun berpindah ke sebuah apartment setelah seluruh keluarganya meninggal dunia dalam kemalangan tragik. Sejurus selepas dia berpindah dan hidup bersendirian, dunia diserang raksasa dan manusia secara tiba-tiba menjadi raksasa. Cha Hyun Soo dan penduduk yang mendiami secara langsung berlindung di dalam apartment tersebut cuba bertahan untuk hidup dan berlawan dengan serangan raksasa-raksasa.

Kami berkesempatan menyaksikan 5 episod terawal Sweet Home, dan memberi beberapa sebab kenapa korang kena tengok siri adaptasi terbaru Netflix ini :

1. Penceritaan yang menarik

Sweet Home

Meskipun tajuk siri/drama ini “Sweet Home”, tetapi tidak ada yang manis tentangnya. Dari tajuk nampak macam akan menjadi cerita yang membahagiakan, tapi tidak sama sekali. Walaupun siri ini agak laju sedikit alur ceritanya tetapi pengembangan karakternya diatur dengan tersusun.

2. Gabungan survival, aksi, thriller

Siri ini sesuai bagi penonton yang berminat dengan cerita yang bertema apocalypse dan survival, siri ini mengandungi elemen psikologi, aksi, thriller, dan seram juga di dalamnya.

3. Pelbagai karakter

Sweet Home

Cha Hyun Soo bukan satu-satunya manusia yang terselamat di apartment ketika apocaypse. Penduduk-penduduk yang mendiami apartment tersebut semua bekerjasama untuk berusaha bertahan hidup. – Terdapat pelbagai watak. Ada yang menarik minat penonton, dan ada juga yang menjengkelkan, dan tak sabar nak tunggu bilalah dia ni kena bunuh dengan raksasa.


Jangan mengharapkan banyak ‘jumpscares’, kerana penonton boleh rasakan sendiri suasana seram tu dengan hanya melihat tona warna siri ini dan keadaan bangunan apartment tu membangkitkan lagi aura keseraman siri ini.

4. Raksasa yang menakutkan

Raksasa-raksasa yang diperkenalkan agak menarik dan menakutkan, walaupun ada nampaklah sedikit ketara pada “kesan khasnya”. Salah satu perkara yang paling menakutkan mengenai wabak raksasa ini adalah bahawa tidak ada sesiapa yang tahu bagaimana ianya bermula.

5. Bukan zombie

Sweet Home

Kalau zombie apocalypse kita tahu gigitan dari zombie boleh menyebabkan seseorang itu menjadi zombie, Tetapi monster apocalypse ini kena gigit dengan raksasa takkan menjadikan sesorang itu raksasa pun. Secara tiba-tiba bila hidung berdarah dan pengsan, seseorang itu akan menjadi raksasa. Bagaimana jangkitan ini terjadi dan tidak diketahui bagaimana jangkitan ini tersebar hanya menambahkan lagi ketakutan.

Harus diingat, Sweet Home adalah siri bertema survival. Jadi kita tak tahu siapa yang akan mati, maka bersiap sedialah. Sweet Home akan mula disiarkan di Netflix pada 18 Disember 2020.


Related posts

K-Drama Jenayah CRUSH Akan Ditayangkan Di Disney+ Hotstar Pada 13 Mei Ini

Kakimuvee

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Zuko Pamer Skil ‘Firebending’ Dalam Klip Video Avatar: The Last Airbender

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

Jumlah Penonton ‘Rebel Moon Part 1’ Di Netflix Telah Didedahkan

Kakimuvee

Dokumentari Jenayah Jho Low MAN ON THE RUN Akan Tayangan Di Netflix Pada Januari Ini

Kakimuvee