Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer Video

Tom Holland Bertemu Daisy Ridley Dalam Klip Terbaru “Chaos Walking”

Lionsgate telah melancarkan klip terbaru Chaos Walking arahan Doug Liman, yang mempamerkan pertemuan pertama karakter lakonan Tom Holland dan Daisy Ridley. Selain itu juga, pihak studio turut membuat keputusan untuk menukar tarikh tayangan dari 21 Jun 2021 ke 5 Mac 2021. 

Anda boleh saksikan trailer dipemain video dibawah.

Di masa depan yang tidak terlalu jauh, Todd Hewitt menemui Viola, seorang gadis misteri yang jatuh di planetnya, di mana semua wanita telah menghilang dan para lelaki menderita dengan virus “The Noise” – yang menyebabkan semua pemikiran mereka dipamerkan. Di lanskap berbahaya ini, kehidupan Viola terancam – dan ketika Todd bersumpah untuk melindunginya, dia menemui kekuatan dalamannya sendiri dan membuka rahsia gelap planetnya.

Berdasarkan trilogi novel sains fiksyen karya Patrick Ness, Chaos Walking dibintangi Tom Holland yang berperanan sebagai Todd Hewlitt manakala Daisy Ridley sebagai Viola Eade. Merek turut disertai Mads Mikkelsen sebagai Mayor Prentiss, Nick Jonas sebagai Davy Prentiss Jr., Demian Bichir sebagai Ben, Kurt Sutter sebagai Cillian dan David Oyelowo sebagai Aaron.

Chaos Walking diarahkan oleh Doug Liman berdasarkan lakonlayar yang ditulis oleh Patick Ness dan Christopher Ford.Doug Davison, Ali Shearmur, Robert Zemeckis dan Jack Rapke bertindak sebagai penerbit. 

Related posts

[TEASER] Musim Kedua “Love (ft. Marriage and Divorce)” Menjanjikan Lebih Banyak Pengkhianatan & Drama

Zulaikha

Teaser Rasmi “Shang-Chi And The Legend Of The Rings” Perkenalkan Superhero Baru Dan.. The Mandarin

Kakimuvee

Trailer Resident Evil: Infinite Darkness Previu Watak-Watak utama

Kakimuvee

Dom & Pasukannya Kembali Beraksi Dalam Trailer Terbaru “F9”

Kakimuvee

Ryan Reynolds Terpaksa Jaga Bini Samuel L. Jackson Dalam Teaser “Hitman’s Wife’s Bodyguard”

Kakimuvee

Trailer “Army of the Dead” Papar Aksi Rompakan Yang Berbeza

Kakimuvee