Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Trivia

10 Aktor yang berjaya selepas berlakon dalam filem Marvel


marvel

Tahukah anda, ramai aktor di Hollywood pada masa kini ingin melakonkan watak Superhero Marvel. Ini kerana melakonkan watak tersebut menjamin mereka untuk menjadi kaya raya dalam masa yang cukup singkat malah meningkatkan karier lakonan mereka. Sebagai contoh, Robert Downey Jr telah mendapat jumlah keuntungan yang cukup banyak semenjak memengang watak Iron Man, malah filem Irom Man 3 sahaja beliau mendapat $75 juta untuk filem tersebut. Bagaimana pula sekiranya mereka mendapat watak kecil dalam filem – filem Marvel?

Sini kami senaraikan 10 aktor yang karier lakonan mereka melonjak apabila memegang watak dalam filem Marvel.

Dave-Bautista-Highest-Paid-Marvel-Movie-Actors

1. Dave Bautista

Memulakan karier sebagai ahli Gusti WWE, bekas ahli gusti ini WWE telah mula berlakon dalam beberapa filem, namun kemunculan beliau sebagai “Drax” dalam filem Guardians of the Galaxy benar – benar melonjakkan karier beliau. Beliau juga akan muncul dalam filem Guardians of the Galaxy Vol. 2 malah anda boleh melihat lakonan dia dalam filem James Bond akan datang sebagai penjahat “Mr. Hinx”

Karen-Gillan-Marvel-Movie-Breakout-Stars

2. Karren Gillan

Walaupun badannya diwarnakan dengan warna biru dan ungu, performance Karen Gillan sebagai “Nebula” dalam filem Guardians of the Galaxy telah membuka mata pengarah filem untuk mengambilnya dalam projek filem mereka. Beliau juga bakal muncul dalam filem Avengers akan datang iaitu Avengers:Infinity War.

Kate-Mara-Marvel-Movie-Breakout-Stars

3. Kate Mara

Bermula sebagai watak kecil dalam filem Iron Man 2 sebagai US Marshall, Kate Mara kini telah berlakon dalam beberapa filem termasuklah dalam filem House of Cards, The Martian dan yang terbaru sebagai “Sue Storm” dalam filem Fantastic Four Reboot.


Stanley-Tucci-Marvel-Movie-Breakout-Stars

4. Stanley Tucci

Beliau merupakan pelakon veteran malah pernah menerima pencalonan Oscar untuk beberapa filem lakonan beliau, namun wataknya sebagai “Dr. Abraham Erskin” dalam filem Captain America: The First Avenger benar – benar melonjakkan karier beliau. Selepas melakonkan watak tersebut, beliau menerima tawaran untuk berlakon dalam filem The Hunger Games, Percy Jackson, Transformers dan watak utama dalam filem Beauty and the Beast. 

Idris-Elba-Marvel-Movie-Breakout-Stars

5. Idris Elba

Pernah melakonkan watak sebagai “John Luther” siri tv detektif, Idris Elba mula menjadi tumpuan apabila memegang watak “Heimdall” dalam filem Thor. Malah lakonan mantapnya juga membolehkan dia berlakon dalam filem Pacific Rim dan Mandela: Long Walk to Freedoom. Beliau kini dalam projek pembikinan filem Star Trek Beyond dan pernah muncul sebagai watak cameo dalam filem Avengers:Age of Ultron.

Jaimie-Alexander-Marvel-Movie-Breakout-Stars

6. Jaimie Alexander

Beliau merupakan antara Aktress yang sedang bergelut untuk membina karier mereka di dunia Hollywood. Namun setelah memegang watak “Sif” dalam filem Thor segala – galanya berubah. Pernah muncul sebagai pelakon jemputan dalam beberapa siri televisyen popular termasuklah Marvel’s Agent of S.H.I.E.L.D, berlakon dalam filem sequel Thor: The Dark World dan menjadi watak utama dalam drama bersiri, Blindspot.

Agent-Carter-Dominic-Cooper-Howard-Stark-Return-In-Season-2

7. Dominic Cooper.

Tahukah siapa beliau? Beliau adalah Ayah kepada “Tony Stark” dalam siri filem Avenger. Dominic Cooper menarik minat pencari bakat semasa sesi ujibakat untuk filem Captain America. Membawa watak “Howard Stark” dalam filem tersebut, pelakon British ini menjadi watak utama dalam filem akan datang iaitu Warcraft

Hayley-Atwell-Marvel-Movie-Breakout-Stars

8. Hayley Atwell

Hayley Atwell antara pelakon – pelakon Marvel yang benar – benar mel0njak naik pada masa kini. Membawa watak “Peggy Carter” kekasih lama Captain America, beliau turut berlakon dalam filem Captain America: The Winter Soldier, Avengers: Age of Ultron dan Ant-Man malah dia juga berlakon dalam siri televisyen Agent Carter. Sebagai pelakon wanita yang berkaliber, beliau telah ditawarkan untuk membawa watak Cinderella dalam filem Cinderella Remake 2015.

Thor-3-Director-Rumors

9. Chris Hemsworth

Pelakon Australia ini mula menempa nama apabila melakonkan watak “Thor”. Watak “Thor” diibaratkan sebagai booster untuk beliau menempa nama di Hollywood. Tidak dinafikan lakonannya cukup mantap, anda boleh lihat prestasi lakonannya dalam filem Snow White and the Huntsman, Sebagai pelumba Formula One dalam filem Rush dan filem In the Heart of the Sea. Hemsworth meneruskan kejayaan beliau apabila berlakon dalam filem Blackhat, Vacation reboot dan Ghostbuster. Beliau boleh dikatakan sebagai pelakon utama dalam filem Marvel dan beliau akan muncul dalam filem terbaru Marvel, Thor: Ragnarok

Guardians-of-the-Galaxy-Box-Office1

10. Chris Pratt

Jika sebelum ini lakonan karier Chris Pratt hanyalah suam – suam kuku, namun wataknya sebagai “Peter Quill” dalam filem Guardians of the Galaxy menjadikan dia kaya raya dan antara aktor terkenal Hollywood. Malah Chris Pratt turut menjadi watak utama dalam filem paling menguntungkan untuk tahun 2015, Jurassic World. Kini kekayaan terkumpul beliau setelah membintangi dua filem BoxOffice tersebut mencecah $12juta.

Sumber: Screenrant.com

 


Related posts

Rob Liefeld Puji Urutan Aksi DEADPOOL & WOLVERINE, Sifat Yang Terbaik Selepas WINTER SOLDIER

Kakimuvee

Easter Egg Mayat ANT-MAN Di Paparkan Dalam Trailer Terbaru DEADPOOL & WOLVERINE

Kakimuvee

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee

Pengarah Destin Daniel Berundur Dari Projek Avengers: The Kang Dynasty

Kakimuvee

Tajuk-Tajuk Episod WHAT IF…? Musim 2 Tertiris

Kakimuvee