Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Watak Pennywise Hampir Dilakonkan Oleh Aktres Wanita


Tilda Swinton sebagai “The Ancient One” dalam filem Doctor Strange

Seperti yang kita tahu, Bill Skarsgård merupakan aktor yang akan membawakan watak badut jahat atau Pennywise dalam filem seram terbaru, IT. Tapi tahukah anda sebenarnya, watak tersebut hampirkan dilakonkan oleh pelakon wanita, bukannya pelakon lelaki seperti dalam siri TV asal.

Menurut laman web Movie Pilot, penerbit Barbara Muschietti ditanya mengenai proses pemilihan pelakon untuk watak Bob Gray dan Pennywise. Beliau menjawab terdapat banyak pelakon yang datang untuk sesi pemilihan bagi membawakan kedua-dua watak tersebut.

Bagaimanapun seorang wartawan telah bertanya soalan kepada penerbit tersebut dengan nada bergurau, kenapa mereka tidak memilih Tilda Swinton untuk membawakan watak Pennywise, ini jawapan penerbit tersebut.

“She wasn’t available.” – Barbara Muschietti

Jawapan yang diberikan oleh Muschietti telah menyebabkan ramai wartawan tertawa kerana menyangka penerbit tersebut bergurau. Tetapi sebenarnya, Barbara Muschietti memang ingin memberikan watak tersebut kepada Tilda Swinton, tetapi beliau agak sibuk dan tidak dapat memenuhi permintaan mereka.

“She wasn’t available. No, no I swear to god. She was not. We had a slot to shoot the movie and she wasn’t available so she didn’t even audition. But of course, we all thought about it.”

Tilda Swinton terkenal kerana pernah membawakan watak lelaki dan juga karakter androgynous. Mungkin kerana kelebihan itu, penerbit filem IT mahukan aktres berkenaan bagi membawakan watak Pennywise. Tetapi disebabkan kesibukkan masa, mereka terpaksa melupakan hasrat mereka dan memberikan watak tersebut kepada Bill Skarsgård.



Related posts

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Welcome to Derry: Siri Prekuel “It” Kini Sedang Dibangunkan Di HBO MAX

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

Pelakon Asal Watak ‘Mak Lampir’, Farida Pasha Meninggal Dunia Akibat COVID-19

Is Mohd