Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Benedict Cumberbatch Mungkin Calon James Bond Seterusnya?

Bintang filem Doctor Strange, Benedict Cumberbatch dilaporkan bakal membawa watak paling ikonik dalam dunia perfileman antarabangsa iaitu James Bond dan menggantikan tempat Daniel Craig dalam filem James Bond akan datang. Selepas penghasilan filem James Bond yang berjudul Spectre pada 2015, Daniel Craig dilaporkan tidak akan berlakon dalam filem James Bond selepas itu.

Namun, sejak beberapa minggu yang lalu, Craig dikhabarkan akan kembali dalam filem James Bond ke-25. Bagaimanapun, Craig pernah memberitahu kepada media bahawa dia mungkin akan meninggalkan watak tersebut atas faktor umur dan ketidakmampuannya untuk membawakan watak tersebut.

Sama ada Craig akan kembali atau tidak dalam filem ke-25 James Bond, bergantung kepada berita terbaru mengenai filem tersebut akan datang. Tetapi peminat masih berspekulasi tentang siapakah aktor yang akan menggantikan tempat Daniel Craig selepas ini. Ramai peminat mencadangkan beberapa nama besar dalam industri perfileman Hollywood termasuklah Idris Elba dan juga Tom Hardy bagi calon James Bond seterusnya.

Nama aktor Benedict Cumberbatch juga antara yang tersenarai dalam calon Bond seterusnya. Semasa aktor tersebut menghadiri London Film & Comic Con. yang berlangsung baru-baru ini, Benedict telah ditanya oleh wartawan Empire mengenai khabar angin mengenai pemilihannya sebagai pelakon Bond seterusnya. Ini jawapan yang diberikan oleh aktor tersebut

No Comment.” – Benedict Cumberbatch

Respon aktor tersebut seolah-olah tidak menafikan atau tidak mengesahkan yang beliau mungkin calon Bond seterusnya. Benedict Cumberbatch antara calon yang sesuai untuk membawakan watak tersebut kerana bakat begitu besar dan popularitinya dalam dunia perfileman Hollywood. Tambahan pula, aktor tersebut merupakan kelahiran British, sinonim dengan perwatakan James Bond.

Jadi, kepada peminat James Bond, adakah Benedict Cumberbatch layak untuk membawakan watak Bond, atau anda rasa terdapat aktor lain yang lebih layak untuk menggantikan tempat Daniel Craig sebagai James Bond?

Related posts

Saksikan Trailer Red Band ‘No Hard Feelings’ Lakonan Jennifer Lawrence

Kakimuvee

Bintang John Wick Lance Reddick Meninggal Dunia Pada Usia 60 Tahun

Kakimuvee

Zack Snyder Goda Video Transmisi Dari Lord Darkseid

Kakimuvee

Viu Jadi Pemacu Utama Pertumbuhan Langganan OTT Asia Tenggara Pada Suku ke-4 2022, Menurut Laporan MPA

Kakimuvee

Anime Jepun Pasca Apokaliptik ‘Tengoku Daimakyo’ Akan Tersedia Untuk Penstriman Di Disney+ Hotstar Pada April Ini.

Kakimuvee

Rating Awal Rotten Tomatoes ‘John Wick: Chapter 4’ Telah Didedahkan

Kakimuvee

Leave a Comment