Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Venom Raih $205.2 Juta Seluruh Dunia


Walaupun dikritik teruk, Venom masih mampu meraih kutipan yang cukup memberangsangkan apabila berjaya meraih $205.2 juta seluruh dunia pada minggu pertama tayangannya. Kutipan tersebut termasuk kutipan domestik US iaitu sebanyak $80 juta dan $125 juta untuk kutipan antarabangsa.

Venom diarahkan Ruben Fleischer manakala skrip ditulis oleh Scott Rosenberg & Jeff Pinkner. Filem yang diadaptasikan dari karakter komik Marvel ini mengisahkan tentang Eddie Brock (lakonan Tom Hardy) yang akan berhadapan dengan penjahat Life Foundation yang diketuai oleh Dr. Ashley Kafka yang ingin membawa kemusnahan kepada Bumi

Selain Tom Hardy, filem ini juga turut dibintangi Jenny Slate, Michelle Williams dan Riz Ahmed sebagai Dr. Ashley Kafka. Venom kini sedang ditayangkan dipawagam-pawagam tempatan.


Related posts

Rob Liefeld Puji Urutan Aksi DEADPOOL & WOLVERINE, Sifat Yang Terbaik Selepas WINTER SOLDIER

Kakimuvee

Easter Egg Mayat ANT-MAN Di Paparkan Dalam Trailer Terbaru DEADPOOL & WOLVERINE

Kakimuvee

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee

Pengarah Destin Daniel Berundur Dari Projek Avengers: The Kang Dynasty

Kakimuvee

Tajuk-Tajuk Episod WHAT IF…? Musim 2 Tertiris

Kakimuvee