Review Filem Venom

168
views

Selepas Fox dan Marvel Studio, Sony mula mewujudkan dunia Marvel nya sendiri dengan nama Spider-Man Universe. Venom menjadi filem pertama yang dihasilkan Sony menerusi dunia perfileman Marvel mereka.

Jika dilihat diatas kertas, Venom boleh dianggap filem yang hebat kerana barisan pelakonnya sangat berkaliber dan pengarahnya pula iaitu Ruben Fleischer merupakan pengarah filem yang terkenal menerusi Zombieland dan Gangster Squad.

Saya yang telah menonton filem ini mengakui bahawa Venom adalah filem yang sangat bermasalah. Saya cuba untuk mengelak dari membandingkan filem ini dengan komik kerana saya tahu filem Venom tidak melibatkan karakter Spider-Man. Tetapi kurangnya idea kreatif telah membuatkan Venom sebuah filem yang sangat ‘caca-marba’.

Boleh dikatakan, pembinaan jalan cerita filem Venom sangat terburu-buru sehingga meninggalkan banyak lubang-lubang yang membuatkan penonton tertanya-tanya. Penceritaan mengenai symbiote Riot misalnya banyak memberi plot hole dalam penceritaan filem Venom. Selain itu juga, penceritaannya sangat klise. Saya seolah-olah menonton filem sains fiksyen yang menunjukkan makhluk asing membantu manusia untuk menewaskan makhluk asing lain, banyak filem-filem ini pernah dihasilkan dan Venom gagal untuk lebih kreatif dalam menghasilkan jalan cerita yang segar.

Walaupun Venom dibintangi pelakon-pelakon berkaliber seperti Tom Hardy, Michelle Williams dan Riz Ahmed, saya melihat lakonan mereka tidak mencapai prestasi sebenar mereka. Karakter-karakter yang dibawa oleh mereka tidak begitu berkembang dan suram. Contonya Karakter ‘villain’ Carlton Drake lakonan Riz Ahmed, karakter tidak akan diingati langsung oleg penonton kerana kurangnya karisma sebagai seorang penjahat. ‘Love interest’ Eddie Brock iaitu Anne Weying lakonan Michelle Willaims juga saya anggap sebagai pelengkap senarai karakter filem Venom. Sayang sekali, Ruben Fleischer gagal mengunakan sepenuhnya bakat dan kehebatan lakonan Michelle. Tom Hardy yang pernah berlakon dalam filem superhero The Dark Knight Rises gagal mengulangi kehebatan lakonannya dalam filem ini. Lakonannya bagi saya biasa-biasa sahaja, mujur karakter humor yang ada pada Eddie Brock sedikit sebanyak menutup kekurangan kualiti lakonan Tom Hardy.

Apa yang boleh saya katakan, Venom sebenarnya menjual adegan-adegan aksi sebagai pelaris filem ini. Ya, saya akui adegan aksi sangat memuaskan hati dan mendebarkan. Saya suka adegan yang melibatkan aksi kejar mengejar dijalanan antara Venom dan penjahat Life Foundation serta adegan membelasah anggota polis SWAT, sangat hebat dan puas. Bayangkan jika Venom diberi rating ‘R’ ? Bagaimanapun kehebatan adegan aksi dalam filem Venom dirosakkan dengan adegan pertarungan diantara Venom dan Riot pada penghujung filem. Pertarunganya agak sangat singkat dan tergesa-gesa. Malah ianya turut dirosakan dengan CGI yang teruk sehingga saya tidak dapat menonton dengan begitu jelas pertarungan diantara kedua-dua symbiote itu.

Secara keseluruhannya, Venom gagal memberikan sebuah filem adiwira yang akan diingati peminat. Bagaimanapun, ia masih mampu memberi satu bentuk hiburan kepada penonton yang hanya gemarkan aksi dan komedi semata-mata. Apapun percubaan pertama Sony dalam mewujudkan dunia sinematik Marvel sendiri diharapkan tidak akan terhenti dan mampu menghasilkan filem adiwira yang lebih baik dari Venom.

Rating Kakimuvee: 6/10

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here