Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Jeremy Renner Bintangi Filem ‘Reboot’ Spawn


Pelakon filem Avengers: Age of Ultron, Jeremy Renner secara rasminya telah menyertai barisan pelakon filem ‘reboot’ Spawn. Menurut laporan dari laman web Deadline, pelakon tersebut akan membawakan watak Detective ‘Twitch’ Williams, seorang penyiasat persendirian yang sentiasa bertembung dengan ‘antihero’ Spawn.

Menurut penerbit filem Spawn, Jason Blum, pemilihan Jeremy Renner disebabkan aktor tersebut memiliki karisma, kepintaran dan kerja keras yang bersesuai dengan karakter tersebut.

Jeremy akan menyertai Jamie Foxx yang akan membawakan watak antihero Spawn dalam filem ini.

Filem reboot Spawn diarahkan dan ditulis oleh Todd McFarlane, dan beliau juga mengesahkan filem kali ini akan diklasifikasikan sebagai ‘R’ atau 18 tahun keatas, malah lebih keganasan berbanding Deadpool. McFarlane juga mendedahkan, budget filem ini sekitar $10-$12 juta sahaja, budget luar biasa untuk filem superhero yang kebiasaanya akan mencecahkan ratusan juga dollar.

Buat masa ini, Spawn masih belum mempunyai tarikh tayangan rasmi.



Related posts

Reboot Spawn Akan Menjadi ‘Filem Superhero Versi Blumhouse’

Kakimuvee

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee

“F**k This Guy” – Impresi Pertama Robert Downey Jr. Terhadap Chris Hemsworth

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee