Astro Shaw dan Infinitus Film telah melancarkan trailer rasmi pertama Hantu Kak Limah. Anda boleh tonton trailer tersebut dipemain video dibawah.
Mengisahkan tentang Kak Limah yang telah ditemui mati oleh Khuda, Hussin dan Wani. Sejak dari itu, hantunya sering dilihat merayau di sekitar Kampung Pisang, membuatkan penduduk ketakutan. Encik Solihin kemudian cuba membantu untuk menghalau hantu itu keluar dari kampung. Hussin cemburu apabila penduduk kampung mula percaya dan berharap kepada Encik Solihin. Bagaimanapun, tragedi di sebalik kematian Kak Limah masih belum diketahui.
Mamat Khalid kembali menjadi pengarah filem ini. Antara pelakon yanng membintangi filem seram komedi ini adalah Awie, Delimawati, Zul Ariffin, Ropie Cecupak, Uqasha Senrose, Mus May dan ramai lagi.
Hantu Kak Limah akan menemui penonton pada 9 Ogos 2018.