Idris Elba Bawa Watak Antagonis Dalam Filem Spin Off Fast & Furious, Hobbs and Shaw

0
46
views

Laman berita Variety melaporkan, pelakon filem The Dark Tower dan Avengers: Infinity War, Idris Elba akan menyertai Dwayne Johnson dan Jason Statham dalam filem ‘spin off’ Fast & Furious berjudul Hobbs and Shaw. Pelakon tersebut akan membawa watak ‘villain’ dalam filem aksi itu.

Bagaimanapun maklumat lanjut mengenai karakter yang bakal dibawa beliau masih lagi tidak diketahui.

Luke Hobbs dan Deckard Shaw merupakan antara karakter utama dalam franchise Fast and Furious. Dwayne Johnson membuat penampilan pertama dalam franchise tersebut menerusi filem Fast Five pada tahun 2011. Sejak dari itu, karakternya, Luke Hobbs menjadi karakter penting dalam Fast and Furious. Manakala Jason Statham muncul buat pertama kalinya dalam filem Furious 7 sebagai seorang penjahat sebelum karakter berubah menjadi watak proantagonist dalam filem terbaru, The Fate of the Furious.

Penerbit Deadpool dan Atomic Blonde, David Leitch akan menjadi pengarah manakala penulis skrip adalah Chris Morgan, yang menulis filem-filem Fast and Furious sejak filem Tokyo Drift. 

Sehinggakini, franchise Fast and Furious telah berjaya meraih $5.1 billion dolar sejak ia mula ditayangkan.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here