
Rata-rata, netizen tak sabar untuk tunggu apakah yang akan terjadi! Adakah cinta Bunga yang Kamal obsesi akan menjadi miliknya? Adakah Bunga betul-betul akan dikahwinkan dengan Kamal? Adakah identiti Kamal yang sebenarnya akan terbongkar?
Bunga masih ‘buta hati’, tak pedulikan apa orang kata tentang teman lelakinya, Kamal. Walaupun, mangsa-mangsa Kamal kini satu persatu muncul semula dan bagi hint kepadanya.
Kamal yang semakin obses dengan Bunga dengan tergesa-gesa menghantar lamaran ke ayah Bunga. Mengeruhkan lagi keadaan, ayah Bunga terima jer lamaran tu tanpa berbincang. Tapi, ada sebab tertentu kenapa ayah buang terima lamaran Kamal bulat-bulat.
Episod 1 hingga 10 kini tersedia untuk ditonton di aplikasi iQIYI atau www.iQ.com/local. Jangan lupa untuk tonton kerana minggu depan adalah FINALE!
Info Drama
- Episod Baru: Isnin – Khamis
- Waktu Siaran: Bermula jam 11 malam
- Jumlah episod: 13
- Penulis Skrip: Adza Emie
- Pengarah: Along Kamaludin
- Produksi: Wira Nusa Corporation
- Pelakon: Beto Kusyairy, Nelydia Senrose, Azhar Sulaiman, Kuza, Atiq Azman, Afifah Nasir, Shah Iskandar, Abil Qamaruzaman