Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Review Filem: Bu, Kasih Suci (2019)


Diterbitkan oleh mm2 Entertainment yang diarahkan oleh Jeany Amir ini menerapkan nilai-nilai kasih sayang antara ibu dan anak yang sarat dengan pengajaran. ‘BU Kasih Suci’ dibintangi barisan pelakon hebat Malaysia seperti Remy Ishak, Rashidi Ishak, Nadiya Nisa, Iedil Putra, Nadia Brian, Tia Sara, Wan Hanafi Su, Dian P. Ramlee dan ramai lagi.

Ok. Cukup itu sahaja intronya

Filem Bu ini benar benar membawa satu anjakan paradigma kepada tipikal filem Melayu yang sentiasa ditayangkan di pawagam. Mudah cakap, sekiranya anda suka dengan execution style yang dibawakan oleh Christopher Nolan dalam filem beliau beberapa tahun yang lalu iaitu Dunkirk maka anda pasti akan menyukai execution style yang digunakan dalam filem Bu ini.

Sebuah tragedi kemalangan jalan raya telah dijadikan paksi kepada 3 kisah keluarga yang berlainan yang berlainan dan akhirnya dijalinkan dengan begitu cantik seiring dengan sinematografi yang mampu melahirkan elemen “Storytelling” nya yang tersendiri. 3 kisah yang terdapat dalam filem ini walau bagaimanapun hanya dua sahaja yang dijalin menjadi satu manakala sebuah lagi kisah dijadikan sebagai simbolik kepada “backstory” kepada dua kisah yang ada.

Emosi bagaikan dilambung lambung bermula sahaja detik kemalangan tersebut dan penonton terus dibuai dengan kisah yang cukup padat dengan emosi dan penuh dengan nilai pengajaran dan kasih sayang. Ini dibantu lagi dengan penggunaan skor muzik yang cantik susunannya.


Akan tetapi terdapat beberapa moment yang dibawa oleh beberapa orang pelakon dalam filem ini yang dilihat agak “keras” namun perkara itu mampu “dilupakan” dengan pelayaran kisah yang cukup cantik sepanjang 1jam 31minit menonton filem ini.

Sekiranya anda mencari sebuah filem Melayu yang tidak tipikal dan lebih berteraskan realiti pada zaman sekarang, maka ini adalah filem yang sesuai untuk anda!

Rating Kakimuvee : 9/10

*Review ini telah dikeluarkan di Facebook rasmi Kakimuvee pada 19 April 2019


Related posts

Alya Iman & Nabil Aqil Bergandingan Dalam Siri Terbaru Adaptasi Novel Anggun Mikayla di Viu

Kakimuvee

“REVERSI” Dipilih Untuk Pertandingan Rasmi Di Festival Filem Far East Udine Ke-26 Pada Tahun 2024

Kakimuvee

Viu Perkenalkan Drama Adaptasi Novel Popular, Jendela Hati Lakonan MK K-Clique, Anna Jobling dan Hanna Aqeela

Kakimuvee

Siri Popular ‘Kau vs Aku’ kembali untuk Musim ke-2

Kakimuvee

Unifi TV Melancarkan Kandungannya Sendiri

Kakimuvee

Review Filem: The Exorcist: Believer (2023)

Kakimuvee