Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Review Drama Korea: Innocent Defendant/Defendant (2017)


Innocent Defendant/Defendant (2017)
18 Episod

Sinopsis :

“Drama ini mengisahkan seorang pendakwaraya terkenal, Jung Woo (Ji Sung) yang terjaga dari tidur pada satu hari dan mendapati bahawa dia tiba-tiba berada di dalam penjara dengan dijatuhkan hukuman mati kerana membunuh isterinya dan anaknya. Malangnya dia tidak mengingati kejadian tersebut kerana dia mengalami amnesia. Dia cuba membongkar misteri apa yang berlaku dan kemudian keluar dari penjara untuk mencari kebenaran.”

REVIEW

Drama bertema thriller undang-undang ini digarap dengan sangat baik. Drama ini menunjukkan perkara-perkara dari sudut pandangan ‘orang kena tuduh’ supaya penonton masuk sekali ke dalam situasi ‘kegelapan’ yang dihadapi olehnya , ketika dia mengalami kehilangan ingatan (amnesia), dan hasilnya ianya membuat sesuatu yang sangat menarik bagi penonton, merangsang rasa ingin tahu penonton tentang apa yang sebenarnya terjadi.

Adakah ‘orang kena tuduh’ itu benar-benar membunuh isterinya dan anaknya walaupun dia sangat menyayangi mereka?. Tetapi semua bukti meletakkan kesalahan kepadanya, dan dia juga mengakui pembunuhan tersebut sebelum dia mendapat amnesia.


Jadi apa yang sebenarnya berlaku? Bolehkah ‘orang kena tuduh’ ini benar-benar boleh dipercayai? Dan bagaimana dia akan keluar dari situasi ini? Semua soalan ini dijawab sedikit demi sedikit sepanjang episod dan semua episod amat mendebarkan dan penuh aksi.

Tidak ada apa yang lebih menyayat hati daripada tiba-tiba kehilangan seluruh ahli keluarga tersayang, tetapi kemudian menjadi orang yang dituduh membunuh ahli keluarganya sendiri itu agak melampau. Kesakitan yang dirasai oleh Jung Woo adalah sangat mendalam dan Jung Woo terperangkap dalam kesedihan yang tidak boleh diungkapkan dengan kata-kata.

Drama ini tidak ada langsung unsur percintaan dan sangat bertumpu kepada ‘orang kena tuduh’ yang cuba membuktikan bahawa dia tidak bersalah, dan antagonis berusaha sebaik mungkin untuk menghalang ‘orang kena tuduh’ daripada membuktikannya tidak bersalah. Setiap pelakon dalam drama ini memainkan peranan mereka dengan baik. Persahabatan di antara banduan dan diselitkan dengan humor dapat meredakan suasana drama yang agak menegangkan.

Layan free dekat sini- https://www.viu.com/ott/my/en/all/playlist-innocent_defendant-playlist-24308766


Related posts

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Netflix Kongsi Klip Terbaru “Castaway Diva” Park Eun Bin

Kakimuvee

KBS Keluarkan Poster Terbaru The Matchmakers Yang Menampilkan Rowoon, Cho Yi Hyun & Ramai Lagi

Kakimuvee