Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaSlot Tempatan

Monsta Dedah Poster Terbaru “Mechamato Movie”


Monsta telah mengeluarkan poster terbaru filem animasi yang dinantikan, Mechamato Movie yang dijangka tayang pada penghujung tahun ini.

“Setiap adiwira ada kisah permulaannya. Saksikan Mechamato Movie, kisah ayah kepada superhero BoBoiBoy, di layar perak pada hujung tahun ini.” menurut sinopsis.

Mechamato Movie berkisarkan pengembaraan seorang pemuda bernama Amato (Ayah kepada BoBoiBoy) yang secara tidak sengaja menjadi pemilik MechaBot, sebuah Power Sphera yang mempunyai kebolehan untuk ‘Mechanize’ dengan objek lain. Bersama-sama, mereka boleh bergabung menjadi seorang wira berperisai, Mechamato!

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Monsta, yang juga pengarah Mechamatio Movie, Nizam Abdul Razak berkata, mereka kini sedang memilih tarikh tayangan yang bersesuaian untuk filem terbaru, dan mungkin di tayangkan pada musim cuti sekolah di Malaysia, Indonesia dan Brunei.

“Salam dan Hi semua. MONSTA sedang berusaha untuk mendapatkan tarikh tayangan Mechamato Movie pada 2022. Jika tiada aral melintang, Mechamato Movie akan ditayangkan pada cuti sekolah akhir tahun ini di Malaysia, Indonesia dan Brunei.”


Mechamato Movie sepatutnya ditayangkan pada 2021, sebelum siri animasinya ditayangkan di televisyen, namun disebabkan pandemik, Monsta menukar perancangan dengan mengeluarkan siri animasi terlebih dahulu di Carton Network, Astro Go dan HBO GO.

Disebabkan perubahan perancangan, jalan cerita Mechamato Movie telah diubah agar lebih lebih menjurus kepada ‘Origin Story’ dan animasinya juga telah ditambah baik bagi memberi kepuasan maksima kepada penonton.

Nizam juga berkata, mereka akan mengusahakan Mechamato Movie dalam bahasa Jepun, Korea dan Inggeris, serta komited dalam memasarkan animasi ini bukan sahaja di pasaran Malaysia, Indonesia dan Brunei, malah di pasaran global.


Related posts

Alya Iman & Nabil Aqil Bergandingan Dalam Siri Terbaru Adaptasi Novel Anggun Mikayla di Viu

Kakimuvee

“REVERSI” Dipilih Untuk Pertandingan Rasmi Di Festival Filem Far East Udine Ke-26 Pada Tahun 2024

Kakimuvee

Viu Perkenalkan Drama Adaptasi Novel Popular, Jendela Hati Lakonan MK K-Clique, Anna Jobling dan Hanna Aqeela

Kakimuvee

Siri Popular ‘Kau vs Aku’ kembali untuk Musim ke-2

Kakimuvee

Unifi TV Melancarkan Kandungannya Sendiri

Kakimuvee

Astro raih 16 anugerah di Asian Academy Creative Awards 2023

Kakimuvee