Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

David Teo Bersara, Bangga Hasilkan Lebih 100 Filem


CEO Metrowealth David Teo mengambil keputusan untuk mengundurkan diri dari industri hiburan selepas berkerja selama 18 tahun sebagai penerbit drama dan filem

Bagaimanapun David Teo, 59, atau nama sebenarnya Teo Chew Huat bukanlah terus ‘cuci tangan’ sebagai penerbit kerana masih memantau kerja-kerja penerbitan filem dari dekat.

“Saya dah 18 tahun jadi penerbit iaitu dari tahun 2000 sehingga 2018, filem terakhir ialah Kolesterol VS Cinta. Saya sekarang dah berjaya menghasilkan lebih 100 filem.

David Teo telah menyerahkan tugas kepada anaknya, Teo Jason, dan berharap hasrat untuk syarikat Metrowealth menghasilkan 300 filem akan tercapai. 

“Saya rasa agak puas dan sekarang saya mula memperkenalkan generasi pewaris saya iaitu anak saya Teo Jason, 24, untuk sambung jadikan kepada 300 filem. Itu memang matlamat saya sejak dulu.


“Saya akan pantau dia buat sementara sampai dia bergerak dengan baik dan jangan rugi. Kalau rugi nanti semua keluar. Saya kena bagi kepercayaan kepada dia.” ujarnya semasa menganjurkan majlis bersama media.

Menurutnya, selepas berehat beberapa ketika antaranya akibat pandemik Covid-19, Metrowealth akan kembali aktif menghasilkan lima filem terbaru yang terdiri daripada 4 filem seram seperti Cheongsam Merah Darah, Cintra Apartment, Syaaban dan Jangan Pandang Belakang 2, dan satu filem romantik komedi bertajuk Anonim.

“Barisan pengarah dan pelakon masih dikenal pasti. Seiring dengan perkembangan terkini, mereka akan diambil dari generasi baharu yang pastinya dapat bawa perubahan kepada kami,” katanya.

Sumber: Harian Metro. 


Related posts

Alya Iman & Nabil Aqil Bergandingan Dalam Siri Terbaru Adaptasi Novel Anggun Mikayla di Viu

Kakimuvee

“REVERSI” Dipilih Untuk Pertandingan Rasmi Di Festival Filem Far East Udine Ke-26 Pada Tahun 2024

Kakimuvee

Viu Perkenalkan Drama Adaptasi Novel Popular, Jendela Hati Lakonan MK K-Clique, Anna Jobling dan Hanna Aqeela

Kakimuvee

Siri Popular ‘Kau vs Aku’ kembali untuk Musim ke-2

Kakimuvee

Unifi TV Melancarkan Kandungannya Sendiri

Kakimuvee

Astro raih 16 anugerah di Asian Academy Creative Awards 2023

Kakimuvee