Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaSlot Tempatan

“Air Force The Movie” Kini Mengumpul Kutipan Box Office RM27 Juta


Dikala peminat filem berpusu-pusu menonton filem terbaru Abang Long Fadil 3, satu lagi filem blockbuster tempatan terus terbang tinggi di box office tanah air. 

Menurut perkongsian Dato Adi Putra di akaun Instagram miliknya, filem aksi Air Force The Movie: Selagi Bernyawa kini telah mengumpul RM27 juta sejak ia ditayangkan pada 25 Ogos yang lalu.

Walaupun berhadapan dengan saingan sengit Abang Long Fadi 3, filem arahan Zulkarnain Azhar dan Frank See itu dijangka masih mampu menguasai pasaran dan terus menambah kutipan tiket menjelang cuti Hari Malaysia pada 16 September ini. 

Filem ini mengisahkan Pasukan Khas Udara (PASKAU) yang terkandas di Namburi selepas kapal terbang TUDM ditembak musuh. Di Malaysia, pasukan TUDM melancarkan misi untuk menyelamatkan mereka.

Adi Putra membintangi filem ini disamping Aiman Hakim Ridza, Nas-T, Sara Ali, Pablo Amirul, Johan As’ari, Luqman Hafidz, Anas Ridzuan, Jack Tan, Iman Corinne, Scha Alyahya dan Carmen Soo.


Air Force The Movie: Selagi Bernyawa merupakan hasilkan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bersama lima syarikat penerbitan gergasi iaitu Multimedia Entertainment, Golden Screen Cinemas (GSC), Astro, FXHammer Films dan SixFun Medi.

Selain mendapat sambutan hangat di pasaran tempatan, Air Force The Movie: Selagi Bernyawa akan ditayangkan di beberapa negara Asia Timur termasuklah Jepun dan Korea Selatan. 


Related posts

Alya Iman & Nabil Aqil Bergandingan Dalam Siri Terbaru Adaptasi Novel Anggun Mikayla di Viu

Kakimuvee

“REVERSI” Dipilih Untuk Pertandingan Rasmi Di Festival Filem Far East Udine Ke-26 Pada Tahun 2024

Kakimuvee

Viu Perkenalkan Drama Adaptasi Novel Popular, Jendela Hati Lakonan MK K-Clique, Anna Jobling dan Hanna Aqeela

Kakimuvee

Siri Popular ‘Kau vs Aku’ kembali untuk Musim ke-2

Kakimuvee

Unifi TV Melancarkan Kandungannya Sendiri

Kakimuvee

Astro raih 16 anugerah di Asian Academy Creative Awards 2023

Kakimuvee