Tidak lama lagi kita akan mendapat review awal dari audience yang akan menonton filem sekuel Wolverine berjudul Logan, apabila ia disenaraikan antara filem yang akan ditayangkan pada Festival Filem Antarabangsa Berlin.
Filem terakhir Hugh Jackman ini telah diumumkan bersama 13 filem lain untuk tayangan perdana di festival berkenaan yang akan bermula 9 februari depan.
Filem yang diarahkan oleh pengarah James Mangold akan menampilkan watak Logan yang semakin berusia akibat kehilangan abiliti untuk menyembuh dan dia sedang menjalankan misi untuk melindungi seorang kanak-kanak dari diburu penjahat.
Kebanyakan peminat-peminat terutamannya yang meminati siri franchise X-Men tidak sabar untuk menonton filem ini kerana ia adalah filem terakhir dua aktor utama siri franchise ini iaitu Hugh Jackman dan Peter Steward apabila masing-masing telah mengambil keputusan untuk tidak meneruskan dua watak ikonik superhero Marvel iaitu Logan dan Professor X.
Anugerah terunggul Festival Filem Berlin dijangka diumumkan pada 18 Februari, 2017 manakala filem Logan akan ditayangkan pada 3 March 2017