Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Siri TV

Agent of S.H.I.E.L.D. (Ep. 1 & Ep. 2) Musim Ke-5 Review


Musim ke-5 Agent of S.H.I.E.L.D. telahpun bermula, Phil Coulson dan beberapa ejen S.H.I.E.L.D telah mendapati diri mereka telah terperangkap di angkasa lepas. Episod pertama dan kedua siri ini merungkai misteri mereka terperangkap dalam sebuah stesen angkasa yang dipenuhi oleh manusia dan juga bangsa Kree.

Dalam episod pertama, Phil Coulson dan rakan-rakannya mendapati diri mereka telah berada dalam tempat yang begitu asing bagi mereka. Mereka terkeliru adakah mereka terperangkap lagi sekali dalam “framework” ataupun dihantar ke angkasa lepas.

Pertemuan mereka dengan Virgil hampir merungkai misteri kenapa mereka dihantar kesana, bagaimanapun watak tersebut tidak dapat bertahan lama apabila menjadi mangsa makhluk asing.

Bagaimanapun mereka berusaha untuk keluar dari tempat tersebut dan cuba berhubung dengan pengkalan mereka di Bumi sehinggalah mereka tergamam bahawa mereka sememangnya berada berdekatan dengan Bumi, dan Bumi telah pun hancur.

Diawal penceritaan, penuh dengan tanda tanya dimana ejen-ejen S.H.I.E.L.D berada sehinggalah dipenghujung cerita dan diawal cerita episode kedua. Disitu persoalan “dimanakah mereka sebenarnya” bertukar “tahun bilakah mereka berada sekarang” Kini MCU telah memperkenalkan ‘time travel’ dalam universe mereka. Ternyata Phil Coulson dan ejennya kini berada dimasa hadapan – dimana Bumi telah musnah sama sekali dan saki baki penduduk Bumi telah berada dibawah pemerintahan Kree.


Dalam Episode 2 juga ejen-ejen S.H.I.E.L.D cuba mengumpul seberapa maklumat yang mampu untuk mengentahui situasi yang berlaku dalam stesen tersebut serta mencari klu mengenai ramalan bahawa ejen-ejen S.H.I.E.L.D ini akan menyelamatkan umat manusia.

Selain itu juga, plot siri tv ini juga cuba merungkai apakah yang terjadi pada Bumi sebenarnya. Semasa didalam Framework, Daisy Johnson telah bertemu Deke dan Deke menyangkan bahawa Daisy yang juga memiliki abiliti mewujudkan gempa Bumi telah menjadi penyebab Bumi musnah akibat gempa bumi yang sangat dasyat. Ejen Simmons pula telah dijadikan orang suruhan Kree yang mana telah menyukarkannya untuk melarikan diri.

Siri pembukaan ini boleh dikatakan sangat menarik kerana ia seolah-olah memberi gambaran apakah yang bakal berlaku selepas event Avengers: Infinity War. Adakah Daisy benar-benar memusnahkan Bumi selepas tamat event Infinity War ataupun Thanos sendiri berjaya menewaskan Avengers dan memusnahkan Bumi? Well, siri ini masih panjang, masih terdapat 10 lagi episod untuk kita ketahui apakah sebenarnya berlaku pada Bumi dan bagaiman ejen-ejen S.H.I.E.L.D cuba mengembalikan keadaan Bumi dalam keadaan asal.

Jangan lupa saksikan Agent of S.H.I.E.L.D. Musim Ke-5 di saluran Astro FOX HD (CH 724) setiap hari Sabtu jam 9 Malam

Rating: 8.5/10


Related posts

Rob Liefeld Puji Urutan Aksi DEADPOOL & WOLVERINE, Sifat Yang Terbaik Selepas WINTER SOLDIER

Kakimuvee

Easter Egg Mayat ANT-MAN Di Paparkan Dalam Trailer Terbaru DEADPOOL & WOLVERINE

Kakimuvee

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee

Pengarah Destin Daniel Berundur Dari Projek Avengers: The Kang Dynasty

Kakimuvee

Tajuk-Tajuk Episod WHAT IF…? Musim 2 Tertiris

Kakimuvee