Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Zulin Aziz Terkejut Dapat Tawaran Berlakon Dari Produksi Kollywood


Zulin Aziz sering kali menceriakan peminatnya dilaman sosial menerusi video-video parodi yang sangat melucukan. Tetapi, siapa sangka, video-video tersebut telah menyebabkan pelakon dan pengacara popular itu mendapat tawaran untuk berlakon dalam industri filem Kollywood.

Menerusi perkongsian di laman sosial Instagram miliknya, Zulin telah kongsikan tangkap layar mesej yang diterima oleh pengurusnya Ayra Nasir mengenai tawaran tersebut.

“Punyalah saya buat video dengan pelakon hindustan, sekali dapat tawaran filem tamil,” tulisnya.

Dalam mesej yang diterima pengurusnya, wakil syarikat produksi tersebut meminta emel untuk mendapatkan butiran untuk perbincangan lanjut.

Walaupun terkejut dengan tawaran tersebut, Zulin bagaimanapun berkata dia tidak teruja sangat sebaliknya berasa lucu dengan tawaran yang diterima.


“Saya pun tak tahu macam mana mereka boleh melihat video suntingan yang dihasilkan di IG hingga mahu menawarkan peluang lakonan. Dalam masa sama saya kena berhati-hati kerana tidak tahu sejauh mana kesahihan semua ini. Bimbang juga penipuan atas talian,” 

Terdahulu, pelakon Bo-Peng ini telah memuat naik video parodi Hindustan yang mana ia telah mendapat perhatian pelakon terkenal di India iaitu Arjun Rampal.

Aktor itu telah memuat naik video tersebut di laman sosial Twitter miliknya yang mana dia menyifatkan video Zulin itu sangat melucukan.

Sumber: Cinema Online


Related posts

Viu Perkenalkan Drama Adaptasi Novel Popular, Jendela Hati Lakonan MK K-Clique, Anna Jobling dan Hanna Aqeela

Kakimuvee

Siri Popular ‘Kau vs Aku’ kembali untuk Musim ke-2

Kakimuvee

Unifi TV Melancarkan Kandungannya Sendiri

Kakimuvee

Astro raih 16 anugerah di Asian Academy Creative Awards 2023

Kakimuvee

Sepahtu Reunion Live Tour Tawan Johor Bahru Oktober Ini

Kakimuvee

WALID Angkat Isu Penculikan Kanak-Kanak, Sarat Dengan Aksi Seni Mempertahankan Diri Silat

Kakimuvee