Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Zul Huzaimy lakukan aksi stunt sendiri dalam filem Mat Motor

Spark dalam filem Remp-it
Spark dalam filem Remp-it

Zul Huzaimy aka Spark ini merupakan salah seorang pelakon dalam filem terbaru arahan Pekin Ibrahim iaitu Mat Motor. Filem yang baru menghabiskan sesi pengambarannya dikatakan dalam proses post produksi dan bakal menemui penonton pada tahun hadapan.

Apa yang menarik tentang pelakon utama filem Remp-It ini, dia seorang pelakon yang versatile dan berbakat. Boleh melakonkan banyak watak-watak yang berbeza, beliau boleh berlakon aksi, boleh menjadi pelawak, malah boleh menyanyi dan mengarah filem. Hasil pengalamannya berlakon dalam bidang teater mungkin membantu beliau membawa watak – watak yang berbeza.


Satu lagi kelebihan pelakon ini ialah beliau berani melakukan aksi stuntnya sendiri tanpa bantuan pelakon lagak ngeri, aksi yang jarang-jarang pelakon lain sanggup lakukan.

Tweet peminat Filem Mat Motor dari laman sosial

Aksi stunt yang dilakukan bukannya aksi biasa, tapi babak kemalangan motorsikal yang boleh dikatakan agak bahaya.

Kini kita tambah satu lagi kebolehan untuk pelakon berbakat ini, iaitu Stuntman. Dah seperti Tom Cruise pula yang suka lakukan aksi stunt sendiri.

Jadi kepada mereka yang ingin melihat aksi stunt Spark ini, tunggu tayangan filem Mat Motor yang bakal ditayangkan pada tahun hadapan

 

Related posts

Aquaman and the Lost Kingdom: Amber Heard Dilepaskan Dari Kontrak, Tidak Pasti Berapa Banyak Babaknya Dipotong

Kakimuvee

Projek Captain Carter Dikhabarkan Sedang Dalam Pembangunan

Kakimuvee

Marvel Studios Lancar Trailer & Poster “She-Hulk: Attorney at Law” Untuk Siri Disney+ Hotstar Yang Akan Datang

Kakimuvee

Gambar Terbaru “Ms. Marvel” Goda Kuasa Yang Dimiliki Kamala

Kakimuvee

Barisan Penulis “Doctor Strange 2” Pernah Bincangkan ‘Cameo’ Deadpool

Kakimuvee

Liam Neeson Masih Berbisa Dalam “Memory”, Kini Ditayangkan Di Pawagam

Kakimuvee

Leave a Comment