Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Zul Ariffin Mahu Kekal Watak Utama

Pelakon berbadan tegap, Zul Ariffin mendedahkan kepada laman web Media Hiburan bahawa dia mahu terus kekal sebagai pelakon utama selagi termampu kerana percaya kerana ketika ini adalah ‘waktu puncaknya’.

Beliau berkata, kejayaannya pada hari ini adalah hasil usahanya yang bermula dari bawah lagi,

Saya bermula dari bawah. Menjadi pelakon tambahan, kemudian meningkat dan beralih kepada pelakon pembantu. Sekarang ini bertindak sebagai teraju utama dalam drama dan filem.

“Bukan mudah untuk saya ke tahap ini. Malah, saya ambil masa hingga tujuh tahun untuk berada di slot utama TV3. Jadi saya seboleh-bolehnya mahu pertahankan watak utama selagi termampu.

“Saya yakin saya boleh bagi yang terbaik dalam setiap projek lakonan saya,” – Zul Ariffin

Bintang utama filem aksi polis tempatan, J Revolusi  turut berkata, pelakon lain juga turut akan melakukan perkara sama sepertinya jika mereka kini sedang berada di “puncak”

Dalam pada itu, pelakon berusia 31 tahun itu tidak sedikit pun berasa tergugat dengan kehadiran ramai pelakon baru sebaliknya melihat ia sebagai persaingan sihat.

Bercerita lanjut mengenai kerjayanya, biarpun mahu sentiasa menjadi pelakon utama tetapi dia tetap mengutamakan kualiti sesebuah naskhah itu sebelum menerimanya kerana dia mahukan sebuah karya yang dianggap berbaloi.

Sumber: Cinema Online

Related posts

Penamat Alternatif ‘John Wick 4’ Telah Dirakam, Tetapi Dibuang Selepas Tayangan Ujian

Kakimuvee

Liv Tyler Akan Kembali Ke MCU Dalam Filem ‘Captain America: New World Order’

Kakimuvee

ZEE5 dan Viu Kini Boleh Diakses di Kedua-dua Astro Ultra dan Ulti Box

Kakimuvee

Box Office: John Wick Lagi Laku Dari Shazam! Fury of the Gods

Kakimuvee

Jonathan Majors Ditahan Kerana Dakwaan Serangan & Keganasan, Keluarkan Kenyataan Nafi Tuduhan

Kakimuvee

Gambar Belakang Tabir ‘Joker 2’ Dedah Pakaian Harley Quinn Lakonan Lady Gaga

Kakimuvee

Leave a Comment