Pelakon filem aksi yang baru berjinak-jinak dalam dunia komedi, Zul Ariffin mendedahkan bahawa beliau sukar untuk berlakon bersebelahan Ropie sepanjang penggambaran Hantu Kak Limah.
Menurutnya, dia tidak dapat menahan gelak apabila bersebelah Ropie dan turut mengakui bahawa pelakon tersebut mempunyai sifat lucu secara semulajadi.
“Dari scriptreading lagi saya sudah tergelak-gelak terutama babak saya kena tibai dengan Hantu Kak Limah. Kemudian, ketika di set pula apabila berada di sebelah Ropie, puas saya mencari cara untuk elak tergelak setiap kali memandang wajah dia.
“Dia memang semulajadinya kelakar dan kami memang enjoy ketika dalam set” ujarnya yang dipetik dari Gempak.
“Kemudian, ketika di set pula apabila berada di sebelah Ropie, puas saya mencari cara untuk elak tergelak setiap kali memandang wajah dia.
“Dia memang semulajadinya kelakar dan kami memang enjoy ketika dalam set,” katanya.
Zul yang melakonkan watak seorang guru silat bernama Solihin menegaskan lawak dan humor Mamat Khalid memang azalinya kelakar tanpa perlu seseorang pelakon itu mereka-reka.
“Kalau bukan Mamat Khalid saya takkan buat, skrip dia memang sudah menjadikan naskhah itu komedi. Kalau filem lain pula pelakon yang perlu jadi kelakar untuk hidupkan karakter. Tapi babak demi babak Hantu Kak Limah memang sudah kelakar. Itulah air tangan Mamat Khalid yang tak siapa mampu buat,” tambahnya.
Hantu Kak Limah merupakan francais keempat kisah Kampung Pisang, bermula dengan Zombi Kampung Pisang, Hantu Kak Limah Balik Rumah dan Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit.
Sumber: Astro Awani.