Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Zoe Kravitz Dipilih Untuk Bawakan Watak Catwoman Dalam Filem The Batman!


TheWrapĀ melaporkan bahawa Zoe Kravitz (Mad Max: Fury Road,Ā Fantastic Beasts: The Crimes of Grindelwald)Ā telah dipilih untuk memainkan peranan sebagai Catwoman / Selina Kyle dalam filem terbaru Warner Bros.,Ā The Batman.Ā Pelakon tersebut akan bergandingan dengan Robert Pattinson yang memainkan peranan utama sebagai Batman / Bruce Wayne.

Pelakon lain yang turut terlibat dalam filem arahan Matt Reeves itu termasuklah Jeffrey Wright yang bakal memainkan peranan sebagai Commissioner Gordon dan Jonah Hill yang kini masih dalam rundingan untuk watak antagonis.

Kali terakhir watak Catwoman muncul dilayar perak menerusi filemThe Dark Knight RisesĀ lakonan Anne Hathaway. Lee Meriweather, Michelle Pfeiffer, dan Halle Berry juga merupakan bekas pelakon watak Catwoman di layar perak.

Warner Bros. telah membangunkan filem The BatmanĀ sejak 2015 selepas Ben Affleck menyertai DCEU. Namun atas sebab-sebab tertentu, Affleck meninggalkan projek tersebut dan tugas diambil alih oleh Matt Reeves.

Reeves mengubah keseluruhan skrip dan mengfokuskan watak Batman di peringkat awal iaitu sebagai detektif paling hebat di dunia. Pembikin filem itu juga mendedahkan filemnya itu akan menampilkan banyak watak-watak penjahat dalam satu filem.


The BatmanĀ dijangka memulakan produksinya tidak lama lagi dan akan menemui penonton pada 25 Jun 2021.


Related posts

Penonton Antarabangsa Beri Pulangan Besar Pada ‘Aquaman 2’

Kakimuvee

Dune: Part Two Menjadi Filem Arahan Denis Villeneuve Paling Panjang

Kakimuvee

Nicolas Cage Dedahkan Sebab Mengapa Filem ā€œSuperman Liveā€ Tidak Dapat Dibuat

Kakimuvee

Nicholas Hoult Akan Memainkan Watak Lex Luthor Dalam Filem Superman: Legacy

Kakimuvee

Kutipan Taylor Swift: The Eras Tour Jauh Lebih Baik Dari Semua Filem DC Tahun 2023

Kakimuvee

DCU: Semua Pelakon ‘Justice League’ Tidak Akan Mengulangi Peranan Masing-Masing

Kakimuvee