
Zazin Razak telah berjaya melepasi senarai Top 5 bagi tiga kategori pada Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35, lapor Berita Harian.
BintangĀ Polis Evo 3Ā itu bersyukur kerana merasakan dirinya masih menajdi pilihat peminat untum bersaing di platform acara anugerah berprestij ini.
“Alhamdulillah, saya sangat bersyukur kembali menduduki Top 5. Soal masih relevan, saya tidak pasti bagaimana perkara itu diklasifikasikan.”
Dalam anugerah tersebut, Zizan tercalon dalam kategori Aktor Filem Popular, Artis Komedi Popular dan Couple Filem Popular bersama gandingannya dalam filem Abang Long Fadil 3 iaitu Elizabeth Tan.
Zizan akan berdepan saingan Beto Kusairy, Zul Ariffin, Datuk Adi Putra dan Fattah Amin bagi kategori Aktor Filem Popular, manakala bagi kategori Artis Komedi Popular, Zizan bersaing dengan Johan, Syahmi Sazli, Bell Ngasri dan Jaa Suzuran.
Pelakon popular itu berkata, dia lebih suka peminat menilai hasil kerjanya, bukan hanya kelab peminat, tetapi peminat biasa.
“Saya lebih suka peminat menilai dari sudut kerja. Bukan hanya kelab peminat, sebaliknya, saya mahu orang luar pilih saya kerana layak.”
“Bagi saya, jika tidak menang, bermakna, saya tidak layak. Saya mahu peminat menilai secara adil,” katanya.
Filem terbaru Zizan Razak,Ā Polis Evo 3Ā kini sedang ditayangkan di pawagam tempatan.Ā