Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaSlot Tempatan

Zizan Razak dan Shaheizy Sam Kembali Bergandingan Dalam Filem Aksi Baby Bro


Sumber Gambar: mStar.com.my

Kedua-dua bintang utama filem aksi Polis Evo, Zizan Razak dan Shaheizy Sam sekali lagi dilaporkan akan bergandingan dalam sebuah filem aksi ringan yang berjudul Baby Bro.

Menurut laporan Cinema.com.my, filem berkenaan bakal ditayangkan di Astro First Eksklusif pada 30 November ini, ia akan menyaksikan kedua-dua mereka kembali bekerja di bawah arahan pengarah Ghaz Abu Bakar.

Bercakap mengenai pembabitannya dalam filem Baby Bro., Zizan Razak mengakui teruja apabila berpeluang merasai pengalaman berlakon dengan bayi.

“Seronok sekali-sekala dapat berlakon naskhah seperti ini. Filem ini juga khas buat peminat-peminat saya dikalangan kanak-kanak,” Zizan Razak

Selain filem aksi tersebut, Zizan kini sedang sibuk dengan penggambaran filem sekuel “Polis Evo 2” yang mana dia dan Sam akan kembali menghidupkan watak masing-masing.

Dalam pada itu, Zizan yang ditanya mengenai perihal peribadi berkaitan hubungannya dengan pelakon Mira Filzah, berkata dia tidak mahu mengulas lanjut buat masa ini kerana ia terlalu peribadi buatnya.


Tambahnya lagi, dia tidak mahu mencampur adukkan soal peribadi dengan kerjaya kerana dia kini lebih selesa bercerita mengenai kerjayanya berbanding kisah cinta.

Zizan bagaimanapun berkata sekiranya ada jodoh, dia tidak akan menyembunyikan perkara itu dan akan dedahkan kepada umum.

Sumber: Cinema.com.my


Related posts

Zizan Tercalon Dalam 3 Kategori ABPBH Ke-35 Termasuk Kategori Couple Paling Popular

Kakimuvee

HEIST DILADHA: Telefilem Arahan Zizan Razak & Issey Fazlisham Akan Ditayangkan Pada Hari Raya Aidil Adha

Kakimuvee

Astro Shaw Lancar Trailer Rasmi Pertama ‘Polis Evo 3’

Kakimuvee

Abang Long Fadil 3 Raih RM18 Juta Dalam Tempoh 11 Hari Tayangan

Kakimuvee

Baru Tayangan ‘Sneak Preview’, Abang Long Fadil 3 Sudah Kutip RM1.2 Juta

Kakimuvee

Viu Melancarkan AI.5YA, Sitkom Sci-fi & Keluarga Menampilkan Zizan Rizak, Dato’ Afdlin Shauki & Mia Sara Shauki

Kakimuvee