
Pelakon, penyanyi dan pengacara popular, Zizan Razak bakal melebarkan sayapnya di negara seberang Indonesia apabila dia memberitahu dia akan terbang ke Jakarta dalam masa terdekat untuk membincangkan mengenai projek terbarunya.
Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abdul Razak bagaimanapun tidak boleh mendedahkan butiran lanjut mengenai projek tersebut kerana ia masih lagi diperingkat awal.
Bercerita lanjut mengenai perancangan kerjaya seninya untuk tahun 2018 kepada wartawan mStar, pelakon Abang Long Fadil 2 ini berazam untuk terus meningkatkan kualiti kerjanya selain mahu cuba melakukan perkara yang belum pernah dilakukannya sebelum ini.
“Saya tidak sasar untuk menang anugerah, tetapi lebih kepada jaga kualiti kerja dan bekerja keras lagi kerana harapan peminat sangat tinggi,” Zizan Razak
Tambahnya, sepanjang 10 tahun bergelar anak seni, dia telah banyak belajar bagaimana cara untuk membawa diri sebagai seorang artis yang dikenali lagi yang mana dia sentiasa menjaga reputasi dan disiplin kerja agar tidak tercalar dengan kontroversi.
Apakah projek terbaru beliau disana nanti? kita tunggu perkembangan yang akan disampaikan oleh pelakon tersebut kepada peminat-peminatnya disini nanti.
Sumber: Cinema Online