Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Zizan Razak Bakal Bergandingan Dengan Pelakon Terkenal Indonesia


Pelakon dan pelawak terkenal tanah air, Zizan Razak bakal bergandingan dengan pelakon terkenal Indonesia,  Raffi Ahmad dalam filem terbaru terbitan studio dari negara itu. Ini merupakan projek pertamanya di negara seberang yang mana Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abdul Razak teruja dengan peluang melebarkan sayap seninya.

“Tidak lama lagi, saya akan berlakon filem Indonesia bersama Raffi. Setakat ini, kami sudah pun memeterai kontrak projek terbabit. Cuma, tajuknya saya kurang pasti. InsyaAllah, penggambaran akan dijalankan dalam masa terdekat. Syukur Alhamdulillah, kerjaya seni saya melangkah setapak lagi ke hadapan dan berharap agar ia berjalan dengan lancar,”

Dalam pada itu, bercerita lanjut bagaimana dia mendapat tawaran berlakon dari negara seberang, pelakon Abang Long Fadil 2 ini mendedahkan dia dihubungi sendiri oleh Raffi selepas diperkenalkan oleh seorang pegawai perhubungan dari negara sana.

Walaupun teruja dengan penglibatannya dalam filem terbitan Indonesia, namun pelakon berusia 33 tahun ini berasa sedikit bimbang dengan penerimaan orang sana terhadap lakonannya.

“Apa yang penting, saya dapat melebarkan ‘sayap’ kerjaya ke negara seberang. Ia juga bukan soal mencari peminat semata-mata, tetapi lebih kepada langkah baharu dalam mengukuhkan kerjaya seni.” 


Sementara itu, Zizan bakal muncul dengan filem terbarunya berjudul “Polis Evo 2” yang baru sahaja selesai menjalani penggambaran.

Sumber: Cinema Online


Related posts

Trailer & Sinopsis Filem Seram Indonesia ‘Teman Tidur’

Kakimuvee

Trailer & Sinopsis Filem Seram Indonesia ‘Tasbih Kosong’

Kakimuvee

Zizan Tercalon Dalam 3 Kategori ABPBH Ke-35 Termasuk Kategori Couple Paling Popular

Kakimuvee

HEIST DILADHA: Telefilem Arahan Zizan Razak & Issey Fazlisham Akan Ditayangkan Pada Hari Raya Aidil Adha

Kakimuvee

Kajiman: Iblis Terkejam Penagih Janji Sinopsis & Trailer

Kakimuvee

Filem Seram Indonesia ‘Para Betina Pengikut Iblis’ Akan Memasuki Netflix Pada 16 Jun Ini

Kakimuvee