
Pelakon dan pelawak terkenal tanah air, Johan dan Zizan Razak bakal kembali bergandingan dalam sebuah filem terbaru berjudul Baik Punya Ah Long tidak lama lagi.
Menurut sumber dari laman Twitter Filem Kita, Baik Punya Ah Long akan diarahkan Datuk Afdlin Shauki dan diterbitkan oleh syarikat Afdlin, Vision Works bersama Astro Shaw.
Setakat ini, butiran lanjut mengenai filem seperti plot, pelakon lain dan tarikh tayangan masih belum didedahkan kepada umum. Penggamnbaran dijangka akan bermula tidak lama lagi.
Kali terakhir kedua-dua mereka beraksi di layar perak adalah menerusi filem “Uncle Usin” pada tahun 2012.
Sumber: Cinema Online
Pra-produksi:
— FILEMKITA (@FilemKita) September 7, 2020
Afdlin Shauki mengumumkan Johan & Zizan sebagai pelakon utama filem terbaru arahannya, #BaikPunyaAhLong, yang akan diterbitkan oleh Astro Shaw bersama Vision Works.
Penggambaran akan bermula. pic.twitter.com/z3jstVFtuC